Nabila Huda, Rebel With A Cause! - Glam Malaysia

Nabila Huda, Rebel With A Cause!

Nabila Huda, 35, cukup dikenali dengan bakal lakonan yang mantap untuk watak-watak yang berat. Seperti yang ramai tahu, Nabila tidak berlakon seaktif dulu. Akhirnya setelah berehat seketika dan fokus kepada keluarga, dia kembali menggegarkan gelanggang seni dengan kemunculannya di Ola Bola The Musical. ” Di usia saya sekarang, saya amat cerewet dalam memilih skrip. Saya tidak pernah kisah dengan bayaran. Sekiranya jalan cerita kena dengan jiwa, saya akan ambil”, ujarnya sebagai pembuka bicara.

 

 

Seperti yang sering dihebahkan di media sosialnya, dia sudah penat untuk berdiet sebaliknya gembira menikmati makanan. Pun begitu, dia membuat oerubahan drastik apabila hanya dalam masa tiga minggu untuk persiapan teater ini, dia berjaya turunkan berat badan sebanyak 10kg.

 

 

“Apabila saya terikat dengan sesuatu projek, saya amat serius dalam bekerja. Saya tidak angkat telefon, jawab Whatsapp, keluar bersosial. Emosi saya akan fokus kepada lakonan. Dan saya berjaya tinggalan nasi, demi untuk kerja! Hebat bukan? Siapa sangka saya berjaya kawal nafsu dan turun 10kg dalam jangka waktu pendek”.

See also
GLAM APRIL 2019

 

Untuk bacaan lanjut, dapatkan edisi GLAM isu April 2019 yang kini sudah berada di pasaran! Sementara itu, jom saksikan sedikit sedutan belakang tabir pengambaraan muka depan bersama Nabila Huda.

 

Penata Gaya: Aizat Aidid
Pembantu Penyelaras: Iman Nabila
Gambar: Nelson Chong / Wala Wala Studio
Solekan: Khir Khalid menggunakan Shiseido
Dandanan: Ckay Liow
Pakaian dan aksesori: COACH