Zoe Kravitz ‘Liar Berparti’ Hujung Tahun Ini - Glam Malaysia

Zoe Kravitz ‘Liar Berparti’ Hujung Tahun Ini

Dress Me Wild, tema YSL Beauty dalam meraikan tibanya hujung tahun 2020. Biarpun tahun ini tsebolehnya tidak mahu dikenang-kenang memandangkan banyak sungguh cabaran dan dugaan, namun itu bukan alasan untuk kita berhenti meraikan kehidupan. 

 

YSL Black Opium, Holiday 2020, RM359

YSL Beauty masih mahu wanita di luar sana menghargai tiap detik yang kita nikmati hari ini. Dan hujung tahun ini mereka mahu meraikan kehangatan ‘parti’ hujung tahun (juga meraikan Hari Natal dalam suasana hangat dengan haruman ikoniknya Black Opium.

Hujung tahun ini Black Opium muncul istimewa dengan simbahan merah hangat dengan percikan kemasan berkilau-kilau pada botolnya yang mana pika sekali lihat kita tahu ia Cora harimau bintang. Zoe Kravitz yang sudah beberapa tahun menjadi wajah kempen YSL Beauty dirakamkan dalam gaya penuh seksi (walaupun bajunya tidak terdedah, tapi auranya membakar) bergaya dalam kemeja sekuin dan bercelana hitam. Saya suka melihat solekan matanya, dalam calitan pembayang hitam metalik dan berteman gincu merah ikonik YSL juga, The Slim Red 21. 

YSL Rouge Pur Couture, RM140 sebatang