Warna Rambut bersama Schwarzkopf Professional - Glam Malaysia
Warna Rambut di H Art Signature bersama Schwarzkopf Professional

Warna Rambut bersama Schwarzkopf Professional

Sudah tiba masanya untuk menukar gaya rambut, GLAM dijemput Schwarzkopf Professional untuk mencuba rambut rona pink sebagai gaya baru bulan ini!

Pengalaman mewarna rambut di salon H Art Signature yang terletak di Plaza Damas adalah amat memuaskan. Walaupun kami hadir dengan rambut serba hitam, belum pernah diluntur sekalipun sebelum ini, hasil warna yang kami cuba ini cukup memberangsangkan dan seperti apa yang kami bayangkan.

Memandangkan kini rona-rona seperti oren, ungu, fuchsia dan pastel masih menjadi pilihan peminat kecantikan hari ini, kami mengambil keputusan untuk mencuba rona trendy, merah jambu terang. Untuk mendapat hasil warna rambut merah jambu optima, kami disarankan untuk meluntur terlebih dahulu. Rambut kami yang serba hitam pekat telah diluntur sebanyak dua kali untuk mendapatkan rona luntur paling sempurna agar proses mewarna berjalan lancar dan cantik.

Colorist di salon H Art Signature ini menggunakan gabungan dua tiub warna iaitu Pastelfier juga kod 7-982 daripada koleksi Schwarzkopf Professional IGORA untuk mencapai rona yang diimpikan. Usai mewarna, servis ini disudahi dengan rutin serum untuk kulit kepala.

See also
Kolaborasi Sulwhasoo X Kittie Yiyi Wappen

Rambut yang diwarna bukan mudah untuk dijaga. Ia memerlukan penjagaan yang rapi bagi memastikan warna kekal lama pada rambut. Penggunaan syampu yang dikhaskan untuk rambut berwarna adalah amat penting. Selain itu, perapi dan booster tambahan amat membantu mengekalkan kelembutan rambut terutama sekali buat yang memiliki rambut yang telah diluntur. Amalkan juga penggunaan mask setiap minggu untuk supplement tambahan buat rambut berwarna anda.

Hasil penjagaan rambut warna dengan betul mampu membuatkan rambut kekal cantik berminggu-minggu.

Usaha kemampanan dan Kelestarian

Schwarzkopf Professional amat mengutamakan usaha kemampanan dan kelestarian global. Ini dapat dilihat menerusi rekaan semula pembungkusan IGORA di mana tiub produk ini dicipta melalui material aluminium yang dikitar semula 100 peratus. Manakala penutup produk ini pula dihasilkan daripada material plastik yang dikitar semula secara 100 peratus. Begitu juga dengan pembungkus produknya yang digunakan daripada material kertas yang turut dikitar semula.

Kunjungi H Art Signature di Plaza Damas, F-0-12 Block F, 60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur.

 

Pautan Berkaitan: Haruman Paling Emosi Cartier