Wangian Pilihan Terhangat

Wangian Pilihan Terhangat

 

Wangian bukan sekadar semburan aroma mekar tetapi ia juga pemangkin keyakinan seseorang itu. Selain menyemarakkan personaliti, haruman yang lahir dari gabungan pelbagai ramuan juga mampu untuk meredakan minda serta menghilangkan stres.

 

Masing-masing punyai cita rasa wangian yang berbeza dan setiap pewangi bertindak balas dengan kulit seseorang juga berbeza. Justeru pilihan haruman dipasaran juga pelbagai untuk diserasikan dengan kehendak serta aura aroma itu pada setiap individu.

 

GLAM ketengahkan beberapa lagi wangian pilihan terkini untuk anda pilih dan dapatkan di pasaran sekarang!

 

Pleasure. Face of Daydreaming Woman with Vernal Flowers

Foto: INGimage

 

ESCADA Joyful: SENYUMAN CANTIK BAK HARUMAN BUNGA

Packshot (1)

ESCADA Joyful, 50ml, RM275. Wangian ini mempunyai tekstur halus dan ringan, dengan aura yang bersinar bak embun pagi, Escada Joyful mengandungi aroma flora yang sangat menyenangkan. Magnolia dan peony merah jambu ini dipertingkatkan dengan nota baru yang dipanggil Florimoss. Bagi penggemar haruman bunga, Escada Joyful adalah wangian yang menepati citarasa anda.

 

BOSS BOTTLED: THE MAN OF TODAY. THE BEST HE’S EVER BEEN

See also
Dimensi Baru Untuk Ritual Skin Caviar

BOSS BOTTLED 50ml_DUO

BOSS BOTTLED EDT, 50ml, RM245. Wangian ini sesuai dengan lelaki maskulin, gagah, berani dan bercita-cita tinggi. Adunan mesra nan mewah dari campuran pati buah-buahan sejati seperti epal, lemon, plum serta gabungan dari bunga-bungaan di selitkan sedikit aroma spicy dan akan membangkitkan kegagahan seorang lelaki. Dengan kombinasi geranium (bunga merah, merah muda atau putih) serta di tambah pula dengan kayu manis dan cengkih untuk membangkitkan aroma yang begitu indah, menjadikan haruman dari Boss ini bak karya agung yang mencipta magis.

 

DOLCE & GABBANA THE ONE AND THE ONE FOR MEN: THE COLLECTOR’S EDITION

 

cats

DOLCE & GABBANA menampilkan dua wangian yang menyamai ciri-ciri si pemakai. Wanita yang sukar difahami, tegas tetapi mempunyai kehebatan tersendiri dan lelaki sofistikated yang inginkan perhatian. Terbukti keunikkan THE ONE‘s ini akan memberi erti kepada si pemakai. Haruman THE ONE gabungan nota segar daripada herba wangi dan mandarin berserta campuran laici dan buah pic akan memberi kemanisan kepada wanita yang sukakan aroma fruity. THE ONE FOR MEN fokus kepada elegance dan rasa sensual. Haruman ini lebih kepada klasik dan moden, bertenaga serta menarik perhatian. Berkongsi nota dari campuran limau gedang, ketumbar dan basil yang menghasilkan wangian maskulin idaman setiap lelaki.

See also
Lima Selebriti Hollywood Yang Komited Vegan

 

D&G DolceDolce EDP 75ml + Body Lotion 100ml + Shower Gel 100ml (RM439)

D&G Dolce EDP 50ml Mengandungi haruman yang menggambarkan kelembutan seorang wanita, daripada kesegaran daun neroli berserta daun betik menjadikan aroma yang lembut dan mampu memikat hati si dia.

 

Eau de Lacoste

EAU DE LACOSTE L.12.12 Blanc EDT 100ml + EAU DE LACOSTE L.12.12 Noir EDT 30ml (RM262)

Eau de Lacoste, 100ml,  adalah wangian woody aromatic untuk lelaki yang sukakan bau intense. Adunan daripada tembikai, basil, lavender  dan coklat gelap yang akan memberi haruman jejaka maskulin.

ESCADA Especially

ESPECIALLY ESCADA EDP 50ml + Body Lotion 50ml (RM259)

ESCADA Especially, EDP 75ml, adalah wangian baru yang cantik dari ESCADA. Bau mewah dan feminin yang di ilhamkan untuk wanita yang mempunyai semangat yang tinggi, glamour serta ceria. Antara bahan utama ialah daripada aroma rose, buah pear ylang-ylang, kesturi dan benih ambrette. Kesemua bahan itu menyumbang kepada haruman kesegaran ESCADA Especially

 

Gucci by Gucci Pour Homme

 

giftset aprile 085

Gucci by Gucci Pour Homme, 90ml EDT, untuk lelaki yang gemarkan haruman maskulin. Aroma itu akan membuatkan wanita terpikat dengan anda. Ia mengandungi kesegaran daripada bergamot, cypress, dan violet. Nota tengah pula memiliki adunan daripada daun tembakau dan jasmin. Campuran tersebut akan menjadikan haruman Gucci by Gucci Pour Homme menjadi tahan lebih lama.

See also
Hailey Baldwin dan Taylor Hill Untuk L'Oréal Professionnel 2017