Wangian Oud Terbaik: Aroma Mewah & Tahan Lama untuk 2025

Wangian Oud Mewah Yang Menambat Hati GLAM

Wangian oud terbaik termasuk Ombre Nomade oleh Louis Vuitton serta taruhan lain di Dior, Diptyque dan Creed buat gaya mewah.

Oud, si emas hitam dalam dunia perfumeri sentiasa menjadi lambang kemewahan, kehangatan dan sensualiti. Aromanya yang dalam, resinous dan sedikit smoky menjadikan setiap semburan terasa eksklusif. Oud paling menyerlah pada waktu malam atau acara istimewa, namun versi moden yang lebih ringan sesuai juga untuk siang. Semburkan pada titik nadi atau lapiskan dengan wangian floral untuk sentuhan feminin. Di sini kami himpunkan enam pilihan terbaik buat anda yang ingin merasai personaliti baharu melalui nota oud yang cukup mewah!

Maison Francis Kurkdjian – Oud Satin Mood

Wangian Oud Terbaik

Salah satu oud paling ikonik. Haruman Oud Satin Mood ini memadukan oud dengan violet dan vanila, menghasilkan aroma lembut namun dramatik. Ia sensual, romantik, dan sesuai untuk malam glamor. Kayu oud datangnya dari Laos dimadu dengan mawar Bulgaria dan Turkeye.

See also
Minyak Rosemary Untuk Lebatkan Rambut

Dior – Oud Rosewood

Nuansa oud yang moden dan mudah digayakan. Rosewood dan raspberry memberi sentuhan buah yang segar, menjadikan wangian ini tidak terlalu berat. Haruman Oud Rosewood dimadu dengan kayu kayan mewah lain seperti Atlas cedar dan guaiac. Ideal untuk mereka yang mahu mula bereksperimen dengan oud.

Penhaligon’s – Halfeti Leather

Oud yang dipertingkat dengan nuansa kulit, rum dan rempah. Aroma Halfeti Leather hangat dan cukup misteri, dengan bunga Halfeti yang manis sebagai penyeimbang. Sesuai untuk mereka yang sukakan dimensi eksotik dan punya karakter dramatik.

Louis Vuitton – Ombre Nomade

Wangian oud serba mewah dengan oud mistik sebagai jantungnya, disulam benzoin hangat dan esen raspberry manis, wangian ini membuai deria dalam aroma eksotik yang memikat. Ombre Nomade dilancarkan pada 2018 oleh pakar wangian Louis Vuitton, Jacques Cavallier Belletrud dan kekal ikonik sehingga sekarang.

Diptyque – Oud Palao

Wangian Oud Terbaik

Interpretasi oud yang seimbang dan elegan dalam wangian Oud Palao ini. Campuran rose, vanilla dan patchouli memberi tekstur lembut namun tetap pekat. Sesuai untuk pemakai yang mahu sesuatu refined tetapi berkarakter.

See also
Trend Cantik 2016

Creed – Oud Zarian

Wangian Oud Terbaik

Wangian oud yang memancarkan kemewahan moden yang terkini taruhan Creed dinamakan Oud Zarian hadir dalam kelalang botol merah gelap yang mewah. Campuran oud yang didapatkan daripada hutan Sylhet di Bangladesh dengan bunga Rose Centifolia, citrus dan spice menghasilkan aroma yang segar.

Artikel Berkaitan: Kenali Wangian Terkini Les Extrait Louis Vuitton, Fantasmagory

Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandungan dinamik yang mengangkat nadi gaya aspirasi sekarang. Visinya nan elegan dan progresif terus mendefinisikan wajah baharu generasi semasa.