Wangian Ikonik Sepanjang Zaman - Glam Malaysia

Wangian Ikonik Sepanjang Zaman

Oleh: Aizat Azman Shah

 

Tiada outfit yang lengkap tanpa beberapa semburan minyak wangi. Walaupun tidak boeh dinampak secara fizikal, namun minyak wangi memainkan peranan penting dalam kehidupan harian seseorang wanita moden. Dari menghadiri mesyuarat penting di siang hari hingga ke makan malam bersama pasangan tercinta, haruman bak sejambak bunga bukan lagi kemahuan, ianya satu keperluan.

 

GLAM menyenaraikan antara 5 minyak wangian paling ikonik sepanjang zaman:

 

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

 

Chanel No.5s125560_xlarge

 

Tidak lain tidak bukan, Chanel No.5 menjadi pilihan utama GLAM. Diperkenalkan pada tahun 1921 oleh Coco Chanel untuk jenama eponimnya, haruman ini mengekspresikan nota bourbon vanila, jasmin dan adelhydel. Satu-satunya wangian yang menjadi simbol budaya pop hingga kini. Bau nostalgik Chanel No.5 ini melambangkan seorang wanita yang berani dan elegan.