Wajah Cerah Dengan Sonic Radiance Brightening Solution
Sempena menyambut ulang tahun yang ke-10, Clarisonic menjemput 10 orang pelukis untuk berkongsi interpretasi kreatif mereka tentang jenama tersebut. Menggunakan produk Clarisonic Aria sebagai subjek, lukisan tersebut dipamerkan di Adorn A, Starhill Gallery pada 10 hingga 15 Februari ini.
Clarisonic turut melancarkan produk baru iaitu Sonic Radiance Brightening Solution gabungan peranti serta formula yang merawat masalah pigmentasi, jerawat, kulit kusam serta rona tidak sekata. Produk ini berupaya menghalang proses penghasilan bintik hitam, melambatkan proses sintesis melanin yang berlebihan serta membantu pengelupasan kulit tidak sihat. Hasilnya, wajah menjadi lebih cerah, lembut dan berseri.