Strawberry Makeup Hailey Bieber Cetus Fenomena di TikTok
Trend ‘Strawberry Makeup’ Hailey Bieber Cetus Fenomena Di TikTok

Trend ‘Strawberry Makeup’ Hailey Bieber Cetus Fenomena Di TikTok

Kebelakangan ini trend solekan strawberi atau strawberry makeup yang dimasyhurkan Hailey Bieber hangat diperkatakan di media sosial.

Di TikTok, ia berjaya meraih 16  juta tontonan dalam hanya beberapa minggu. Trend ‘strawberry makeup’ mendapat inspirasi daripada buah musim panas yang digemari, memberi penekanan pada produk berperisa dan berharuman strawberi serta palet rona merah dan merah jambu.

Matlamatnya adalah untuk menampilkan wajah mekar kemerah-merahan dan bercahaya dengan sedikit jagat, untuk kelihatan seperti strawberi. Rahsia untuk mencapai solekan ini terletak pada penggunaan pemerah pipi yang minimum namun berkualiti tinggi.

Hailey Bieber strawberry makeup trend

Foto: Instagram

Bagaimana Untuk Mencuba Trend ‘Strawberry Makeup’?

Teknik ini amat mudah ditiru terutama dengan tutorial yang dikongsi Hailey Bieber di TikTok. Rahsia solekan sempurna adalah penampilan kulit yang sihat, dan pengasas Rhode itu sentiasa menyediakan wajahnya sebelum mengoles sebarang produk.

Duo penjagaan kulitnya terdiri daripada Glazing Milk dan Peptide Glazing Fluid, kedua-duanya daripada Rhode. Beralih kepada solekan, dia menyikat keningnya dan menyapu bronzer dari tulang pipi ke pelipis. Seterusnya, dia mengoles sedikit penyamar di bawah mata serta sudut hidung dan bibir untuk menghasilkan asas solekan ringan dan tampak semula jadi.

See also
'Lighter For Fall' Gaya Rambut Musim Luruh Hailey Bieber

Tiba masa untuk menggunakan produk terpenting dalam mencipta ‘strawberry makeup’: Pemerah pipi krim merah jambu. Hailey Bieber melapiskan dua rona sepanjang tulang pipi dan sedikit di batang hidung untuk efek bagaikan dipanah selaran mentari.

Hailey Bieber Strawberry Makeup

Foto: ELLE

Untuk memastikan matanya kelihatan galak, dia mengoles bronzer pada kelopak sebelum menambah solekan mata kucing dan maskara. Sedikit jagat palsu ditambah pada batang hidung dan pipinya untuk efek strawberi.

Langkah terakhir adalah untuk menghasilkan bibir mungil seksi. Hailey Bieber menggaris bibirnya dengan pensel rona coklat. Tanpa menggunakan gincu, dia mencalit pemerah pipi krim merah jambu pada bibir sebelum mengoles Rhode Strawberry Glaze Peptide Lip Treat baharu yang bakal dilancar tidak lama lagi. Anda boleh menggantikannya dengan pengilat atau salap bibir rona merah jambu.

@haileybieber

Everday Strawberry Makeup 🍓💋

♬ Echos in My Mind (Lofi) – Muspace Lofi

Foto: Instagram

Artikel berkaitan: Trend Kuku Musim Panas “Blueberry Milk Nails”