Trend Solekan Musim Luruh Anda Perlu Tahu - Glam Malaysia

Trend Solekan Musim Luruh Anda Perlu Tahu

Musim luruh seringkali dikaitkan dengan tona-tona suram dan kadang kala membosankan. Akan tetapi, trend solekan kini memberi nafas baru kepada musim luruh tahun ini dengan spektrum warna yang dikatakan berbeza dengan yang sedia ada edgy.

 

GLAM senaraikan 7 gaya solekan yang menjadi kegilaan pengikut-pengikut trend:

 

 

1. Eyeshadow Dua Tona

 

Beautiful woman face. Perfect makeup. Beauty fashion. Eyelashes. Lips. Cosmetic Eyeshadow. Make-up detail. Eyeliner

 

Kombinasi warna terang menerang di bahagian atas kelopak dan dilengkapi dengan tona klasik smoky di belahan bawah (garis bulu mata) memberikan rasa modern dan seksi kepada pemakai.

 

 

2. Gloss Gothic

 


vampylips-600x600Sumber: The Zoe Report

 

Sejak kebelakangan ini warna gelap seperti ungu pekat dan merah wain mendapat sambutan hangat dari para penggemar make-up. Tetapi jangan lupa untuk memakai lip liner bagi mengelakkan warna daring dari “bergerak”!

 

 

3. Highlight, highlight, highlight!

 

strobing_makeup_highlighter_700x400Sumber: Birchbox

 

Walaupun trend contouring semakin menghilang di radar, highlighter tetap menjadi holy grail bagi penggemar alat solek. Sedikit highlighter memberi perbezaan yang sangat ketara, lagi-lagi bagi mereka yang selalu berada di luar di mana matahari menyinar. Bagi hasil yang lebih efektif, utamakan bahagian Cupid’s bow, hujung hidung dan bahagian tepi kening.

See also
Karya Dandanan Di Landasan Fesyen

 

 

4. Gincu Warna Berani

 

makeup-artist-tricks-for-a-bold-lip_optSumber: Beauty Blitz

 

Jarang sekali musim luruh dan warna terang digunakan dalam ayat yang sama. Namun demikian, warna merah jambu pekat sebagai gincu kini menjadi tumpuan ramai. Gaya ini dikenakan dengan look make-up yang bersih dan natural supaya bahagian bibir menjadi bintang utama di wajah pemakai.

 

 

5. Bulu Mata Palsu

 

anna-sui-eyelashes-makeup-trends-2016Sumber: Good Housekeeping

 

Bagi memberi ilusi yang dapat membesarkan bentuk mata, bulu mata palsu yang penuh dan tebal memainkan peranan mudah dan ringkas.

 

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah