Blueberry Milk Nails Trend Kuku Musim Panas Mesti Cuba
Trend Kuku Musim Panas Blueberry Milk Nails

Trend Kuku Musim Panas “Blueberry Milk Nails”

‘Blueberry Milk Nails’ menjadi trend kuku musim panas pilihan Sofia Richie Grainge dan ramai lagi A-listed selebriti lain!

Sempena musim panas 2023, trend merias kuku kini dipegang oleh trend Blueberry Milk Nails! Apa sebenarnya trend Blueberry Milk Nails ini? Jika anda menggunakan aplikasi Tik Tok atau Instagram, mungkin anda ada melihat trend Blueberry Milk Nails ini.

Manikur ini bukan sahaja kedengaran lazat, namun mempunyai potensi baharu seperti Signature Glazed Donut Nails Hailey Bieber yang juga pernah tular di media sosial. Ramai wanita merias kuku mengikut trend tersebut dan menyukainya!

Trend Kuku Musim Panas Blueberry Milk Nails

Blueberry Milk Nails, warna pada dasarnya hanya lah biru muda. Tetapi atas sebab tertentu, warna pucat seperti biru susu ini telah dinamakan semula menjadi “blueberry milk” atau “susu blueberry” oleh warga internet.

Turut menjadi popular, apabila beberapa selebriti terkenal dilihat merias kuku mereka dengan trend Blueberry Milk Nails ini. Antaranya ialah It-Girl, Sofia Richie Grainge yang dikenali dengan fesyen mewah klasiknya.

Dua Lipa turut merias kukunya dengan warna biru susu yang dikongsikan di laman Instagram. Penyanyi itu memadankan pakaian daripada koleksi kolaborasinya bersama Versace. Tetapi peminat juga mengambil perhatian akan kukunya dalam foto itu.

Blueberry Milk Nails, warna pada dasarnya hanya lah biru muda

Sabrina Carpenter juga dilihat mengikuti trend kuku musim panas kali ini! Berkongsi gambar dirinya sambil minum air kelapa, dia menunjukkan kuku birunya yang cantik dengan kapsyen, “Brazil”.

Kini, trend gaya kuku yang tidak berlebihan menjadi semakin popular untuk dicuba. Dengan ramai selebriti yang mengikuti trend “Blueberry Milk Nails” ini, jelas sekali kita akan lihat lebih ramai juga yang akan memilih manikur ini di salon kuku.

GLAM Cantik turut senaraikan beberapa pilihan warna kuku biru susu yang boleh anda merias sendiri. Antaranya ialah O.P.I Nail Lacquer “It’s a Boy!”, Chanel Le Vernis 125 Muse, dan Essie Nail Polish Bikini So Teeny.

Foto: O.P.I Nail Lacquer “It’s a Boy!”

Ini Tip Penjagaan Rapi Warna Kuku Kekal Lama

  1. Kurangkan dan elak terkena bahan pencuci

Umumnya, pewarna kuku adalah bersifat sementara. Oleh itu, elakkan kuku terdedah dengan bahan pelarut seperti sabun basuh pinggan atau pencuci lantai. Bahan yang terkandung dalam sabun juga boleh mengikis pewarna secara perlahan. GLAM sarankan anda memakai sarung tangan khas ketika membasuh pinggan atau membuat kerja rumah. Jika anda sayang kuku baru buat, lakukanlah!

  1. Jangan lupa add “Top Coat”

Top Coat berfungsi untuk menyerlahkan kuku lebih bersinar dan tidak mudah rosak! Satu lagi fungsinya adalah untuk pewarna kuku tahan lama dan tidak mudah pudar dengan cepat kerana teksturnya gel.

 

Artikel Berkaitan: Trend Kuku Quiet Luxury Pula Menjadi Pilihan