Trend Kecantikan: Gincu Pusam Kembali Popular!
Trend Kecantikan: Gincu Pusam Kembali Popular!

Trend Kecantikan: Gincu Pusam Kembali Popular!

Trend kecantikan gincu pusam (matte)  kembali mencuri perhatian dalam dunia kecantikan disertai selebriti-selebriti wanita yang menawan dan elegan. 

Setelah sekian lama dibayangi oleh trend gincu berkilat seperti tanghulu lips dan glazed lips yang melembapkan, gincu pusam (matte) kini kembali dengan rupa yang elegan, kemasan padat, dan tahan lama. Ramai selebriti yang kini menghidupkan semula trend ini, memberikan sentuhan klasik yang kekal relevan.

Gincu pusam terkenal dengan formula yang tahan lama. Ia kekal di bibir selama berjam-jam tanpa perlu sentuhan semula yang kerap, menjadikannya pilihan popular untuk acara red carpet atau hari yang panjang. Ia juga memberikan warna yang sangat pigmented dan kemasan yang tajam, menghasilkan penampilan yang lebih dramatik dan kemas. Sesuai untuk gaya yang mahu tampak menonjol. Selain itu, dengan kemasan pusam, kesan pemindahan akan berkurang, menjadikannya ideal bagi mereka yang memakai topeng muka atau mahu bibir yang tidak comot. 

Selebriti Yang Menghidupkan Semula Trend Gincu Matte

Beberapa selebriti telah dilihat menggayakan gincu matte, membantu mengembalikan trend ini ke pentas kecantikan. Salah seorang merupakan Jang Won-young. Walaupun Won-young yang memulakan tanghulu lip trend, kini it girl itu sudah beralih ke gincu pusam juga. 

See also
Palet Eyeshadow Terbaru Daripada Bintang Realiti Kegemaran Ramai

Jang Won-young

Karina 

Tyra Kamaruzzaman

Arissa Soraya

Han So-hee

Nia Atasha

 

View this post on Instagram

 

A post shared by nia 🦙 (@sleepylllama)

Minnie

Azira Shafinaz

Terdapat pelbagai pilihan gincu pusam di pasaran sekarang, seperti MAC’s Retro Matte Lipstick, Huda Beauty’s Liquid Matte Lipstick, dan Charlotte Tilbury’s Matte Revolution Lipstick yang menawarkan pelbagai warna dan kemasan yang sesuai dengan setiap tona kulit dan acara.

Pautan Berkaitan: Kim Yoo-jung Bersinar Sebagai Duta Jenama Bobbi Brown