Trend “Blue Makeup” Billie Eilish Viral di Instagram
Penyanyi dan penulis lagu popular, Billie Eilish, bukan sahaja tular menerusi muzik, malah turut memiliki empayar kecantikannya sendiri.
Baru dilancarkan pada 17 Mei 2024 yang lalu, Billie Eilish, sekali lagi muncul dengan lagu terbaru di dalam album studionya, Hit Me Hard and Soft. Lagu yang menjadi penutup kepada album tersebut, BLUE, merupakan lagu Eilish yang paling panjang, selama 5 minit 43 saat.
BLUE telah menjadi viral dengan penggunaan lebih daripada 900,000 di Instagram Reels. Salah satu trend daripada lagu Billie Eilish ini ialah trend “Blue Makeup” dimana pempengaruh di Instagram ini akan membuat transition menggunakan air. Kunci utama untuk trend ini ialah solekan pembayang mata berwarna biru.
Trend ‘Blue Makeup’ Di Instagram
Dalam video-video viral ini, pempengaruh akan mulakan video transisinya dengan wajah polos mereka lalu menuang air dengan dramatiknya. transition akan bertukar kepada makeup look berwarna biru yang bold dan vibrant. Pempengaruh daripada India, Akanksha Kommirelly membuat transition tersebut dan mendapat lebih daripada 4 juta tontonan di akaun Instagramnya.
Bukan sahaja pempengaruh di Instagram, Billie Eilish juga menggayakan makeup look berwarna biru yang sangat bold. Gaya smokey eye dan celak mata berwarna biru Eilish juga menjadi tumpuan ramai. Eilish menjadi muka depan majalah Interview dan menggenakan celak berwarna biru yang sepadan dengan warna matanya. Maskara biru juga dipadankan untuk mendapatkan makeup look berwarna biru yang bold. Gaya makeup Eilish ini juga menjadi tular dan diikuti orang ramai di seluruh internet.
Billie Eilish yang merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu dilahirkan pada 18 Disember 2001 di Los Angeles, California. Eillish memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi pada tahun 2015 dengan single sulungnya, Ocean Eyes yang ditulis oleh abangnya, Finneas O’Connell. Abangnya juga merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu juga. Eilish pernah berada di dalam kempen bersama Gucci pada tahun 2023 untuk tas tangan Vegan Horsebit Gucci yang terbaru pada masa itu.