Warna sedondon adakalanya cipta kontra yang sangat sempurna. CHANEL hadir dengan inspirasi solekan tone-on-tone sebagai kunci utama untuk koleksi musim luruh 2022.
Kehadiran rona asas sebagai kunci utama untuk pilihan ilham mekap musim luruh 2022 menyerlahkan tone-on-tone dengan sempurna. Dari warna bibir, kuku sehinggalah ke warna kulit semuanya dalam tona sedondon. CHANEL Makeup Creation Studio mempertingkatkan susunan warnanya yang selaras dengan rona asas Ultra Le Teint Fluide. Malah, pilihan warnanya menawarkan tone-on-tone yang sempurna sehingga mencetus keharmonian dan kontras sekeliling kulit.
Tahun ini untuk musim luruh 2022, tetapan warnanya bukan sekadar tona ringkas malah mencetus dimensi dan kemasan sofitikasi. Koleksi kali ini lebih fokus kepada pilihan gincu dan pengilat kuku yang sedondon dengan tona kulit. Setiap rona direka dengan rona rosy atau keemasan untuk memberi kemasan tiada tandingan. Setiap rona yang dipilih memberikan kesegaran dan membangkit mood anda. Warna asas dalam ULTRA LE TEINT Fluide diselaraskan bersama ROUGE ALLURE dan LE VERNIS yang bersifatkan individuality.Koleksi ini menampilkan 12 warna baharu untuk ROUGE ALLURE dan LE VERNIS dengan padanan warna skin-to-skin yang hampir serupa dengan tona kulit wajah dan badan.