Use your ← → (arrow) keys to browse
VIBE CHECK! Mungkin perhiasan dan rekaan kuku kelihatan kecil, tetapi memberi impak dan mood yang besar. GLAM menyenaraikan beberapa trend kuku musim bunga/panas 2021 terbaik
Musim bunga dan panas menyapa semula. Kini tiba masa untuk mengubah penampilan dengan beberapa aksesori atau perincian tambahan. Manikur atau kemasan kuku yang segar adalah cara yang sempurna untuk menambah sedikit “aksesori” pada persalinan gaun petang itu. Walaupun kebiasaannya wanita akan sentiasa menyukai warna merah jambu muda atau warna merah lebih klasik, mungkin kini adalah masa sesuai untuk keluar daripada zon selamat dan mencuba sesuatu yang lebih mencabar untuk manikur seterusnya. Dari perincian bergaya halus hingga reka bentuk yang berani, pasti ada sesuatu untuk semua orang. Life’s too short for boring nails anyways! Ketahui beberapa tren kuku yang paling bergaya sempena musim bunga dan panas ini dengan GLAM!