Use your ← → (arrow) keys to browse
Rias Mata Menawan
Bukan nama asing lagi di persada seni kecantikan, jurusolek terkenal Khir Khalid sering hadir dengan gimik tersendiri. Solekan signature #smoKHIR menjadi sebutan ramai! Apa kata anda cuba dengan ilham solekan mata menggunakan palet rona gangsa menampakan ia lebih lembut dan manis.
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”