Use your ← → (arrow) keys to browse
Retro Moden
Jurusolek selebriti, Shiyo Joo sering menatarias wajah ramai barisan selebriti terkenal seperti Neelofa, Ameera Khan, Daiyan Trisha, Scha Al-Yahya dan ramai lagi pernah dikanvas olehnya. Saya gemarkan ilham solekan yang dirias olehnya untuk Daiyan Trisha baru-baru ini. Cukup fresh dan tersendiri. Ilham double-liner membawa kepada mood retro moden ala Twiggy tetapi diinterprestasikan dengan lebih moden. Solekan nipis dan minimal cukup membuatkan si cantik Daiyan Trisha buatkan ramai tertarik dengan kehadirannya.
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”