Use your ← → (arrow) keys to browse
Tidak perlulah bersolek penuh, janji rias wajah secara ringkas dan minimal sudah buat anda tampak menawan.Tiru solekan ini daripada jurusolek selebriti lokal sebagai panduan.
Tidak seperti tahun lepas, di bulan Ramadan ini kita masing-masing hanya berbuka di rumah langsung tiada acara formal di luar. Minggu ini,pastinya hampir setiap hari anda memenuhi jemputan ke majlis berbuka puasa. Harus diingat walaupun kita diberi kelonggaran untuk makan di luar, tetapi haruslah mengikup SOP yang ditetapkan.
Jika tahun sebelum ini anda hadir dengan ilham solekan penuh, apa kata tahun ini anda cuba dengan solekan serba minimal dan ringkas. Yelah!, sekarang ini kita masih diwajibkan memakai pelitup muka, jika tidak mahu mekap comot terkena pada pelitup muka, mungkin dengan solekan minimal dapat membantu. Tetapi gaya solekan apakah yang patut anda tiru, GLAM! Sarankan beberapa ilham solekan daripada jurusolek selebriti terkenal sebagai panduan anda.