Use your ← → (arrow) keys to browse
GINCU CECAIR FENTY ICON VELVET
Terbaru dari kategori gincu cecair Fenty iaitu Fenty Icon Velvet Liquid yang menawarkan tekstur berkrim mewah, mudah dipakai dengan warna yang menarik dan selesa sepanjang hari. Sebelum bermulanya Big Show Rihanna, apa kata anda bersama mencuba gincu cecair matte ini kala meraikan kehadiran pertama Rihanna. Inovasi formulanya melindungi bibir dari merekah atau kering malah ia bersifat ringan dan tahan sepanjang hari. Sempena kolaborasi ini, Fenty Icon Velvet Liquid, kod warna Riri ini akan hadir bersama bingkisan istimewa iaitu berlogokan Holographic Football di atas penutup gincu.
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”