Tiru Gaya Solekan Armani beauty oleh Sahir Sabri Dan Nia Atasha
Usah terpinga-pinga mencari idea solekan untuk meraikan momen istimewa. Armani beauty hadir membawakan siri tutorial solekan bersama Sahir Sabri dan Nia Atasha.
Buat siri kedua, kolaborasi istimewa antara jurusolek selebriti, Sahir Sabri dan model dan aktres, Nia Atasha. Sahir Sabri membawakan ilham solekan yang bertemakan The Starry Night yang menggunakan barisan produk Armani ikonik.
Ilham The Starry Night fokus kepada solekan mata yang bersinar indah kala meraikan momen istimewa. Bagi mencipta solekan ini, Sahir menggunakan 7 produk Armani ikonik dengan menggunakan campuran warna yang mencipta teknik baharu untuk The Starry Night. Sahir Sabri juga berkongsi teknik solekan dan aplikasi yang ringkas untuk anda ikuti.
Artikel berkaitan Ilham Solekan Elegan Armani beauty Look
Untuk mencipta wajah ikonik Armani, langkah pertama Sahir menggunakan Luminous Silk Foundation Shade 6 untuk wajah polos Nia, bersama Fluid Sheer Glow Enhancer Shade 10. Gabungan ini memberi ilusi wajah berseri terutama kulit sawo matang. Untuk asas bahagian mata, Sahir memilih Eye Tint. Shade 1S dan diratakan menggunakan tangan, seterusnya Eye Tint Shade 30M digunakan sebagai penggaris mata yang membentuk seperti cat-eyes.
Wajah lagi berseri bersama pilihan Luminous Silk Cheek Tint Shade 41 dan Shade 53. Gabungan dua warna terang ini menyerlahkan bahagian pipi dan Luminous Silk Acqua Highlighter Shade 2 melengkapi kontur wajah bersegi. Tip kecantikan Sahir Sabri, jadi kreatif apabila ingin menyolek wajah terutama dalam gabungan dua warna berbeza kerana ia mencipta sesuatu yang luar biasa. Akhir sekali, bagi melengkapi gaya solekan Armani beauty yang bertemakan The Starry Night, sapuan Prisma Glass Shade 04 menyerikan wajah cantik Nia Atasha.
Dapatkan produk ikonik Armani beauty di butik kecantikan Armani beauty berdekatan dengan anda atau layari laman rasmi Armani.
Konsep & Arahan Seni : Julia Azman | Fotografi : Edmund Lee dari Hexa Production | Videografi : Jackie Mah | Dandanan : Yusof Ruzaimi | Busana : ZARA Malaysia | Solekan : Ady Razak, Sahir Sabri & Ahma Dani