Tiru Gaya Solekan Armani beauty Oleh Ahma Dani Dan Mimi Lana - Glam Malaysia
Tiru Gaya Solekan Armani beauty oleh Ahma Dani Dan Mimi Lana

Tiru Gaya Solekan Armani beauty Oleh Ahma Dani Dan Mimi Lana

Usah terpinga-pinga mencari idea solekan untuk meraikan momen istimewa. Armani beauty hadir membawakan siri tutorial solekan bersama Ahma Dani dan Mimi Lana.

Buat siri ketiga, kolaborasi istimewa antara jurusolek selebriti Ahma Dani dan aktres terkenal, Mimi Lana. Ahma Dani membawakan ilham solekan yang bertemakan The Blushing Dawn yang menggunakan barisan produk Armani ikonik.

Mimi Lana

Ilham The Blushing Dawn fokus kepada solekan kontur pipi berona merah jambu yang menyerlahkan lagi wajah kala meraikan momen istimewa. Bagi mencipta solekan ini, Ahma menggunakan 7 produk Armani ikonik dengan menggunakan campuran warna terang bagi mereka ilham The Blushing Dawn. Ahma Dani juga berkongsi teknik solekan dan aplikasi yang ringkas untuk anda ikuti.

Artikel berkaitan Ilham Solekan Elegan Armani beauty Look

Untuk mencipta wajah ikonik Armani, langkah pertama Ahma menggunakan Luminous Silk Foundation Shade 6 untuk wajah polos Mimi, bersama Fluid Sheer Glow Enhancer Shade 8. Gabungan ini memberi ilusi wajah berseri terutama kulit wanita Asia. Untuk asas bahagian mata, Ahma memilih Eye Tint Shade 30M dan diratakan sempurna.

See also
10 Tip Penjagaan Rambut Keriting

Mimi Lana

Wajah lagi berseri bersama pilihan Luminous Silk Cheek Tint Shade 50.5 dan Shade 62. Gabungan dua warna terang ini menyerlahkan bahagian pipi dan Luminous Silk Acqua Highlighter Shade 1 melengkapi kontur wajah bersegi. Tip kecantikan Ahma Dani, jika solekan agak suram dan pudar, serlahkan bersama highlighter. Akhir sekali, bagi melengkapi gaya solekan Armani beauty yang bertemakan The Blushing Dawn, sapuan Prisma Glass Shade 06 menyerikan wajah cantik Mimi Lana.

Watch on TikTok

Dapatkan produk ikonik Armani beauty di butik kecantikan Armani beauty berdekatan dengan anda atau layari laman rasmi Armani.

Konsep & Arahan Seni : Julia Azman | Fotografi : Edmund Lee dari Hexa Production | Videografi : Jackie Mah | Dandanan : Yusof Ruzaimi | Busana : ZARA Malaysia | Solekan : Ady Razak, Sahir Sabri & Ahma Dani