Pembayang Mata Untuk Bentuk Mata Menawan: Tip Oles Terbaik

Tips Mengoles Pembayang Mata Untuk Membentuk Mata Menawan

Bentuk mata yang berlainan memerlukan aplikasi warna pembayang mata yang berbeza kerana setiap aplikasi berbeza ini akan memberikan impak berlainan mengikut bentuk mata anda.

Teknik solekan yang agar sukar untuk dikuasai selain daripada menggunakan celak mata, adalah pembayang mata. Ini kerana bentuk mata berbeza mengikut setiap individu. Walaupun anda telah menonton semua video di YouTube atau mengikuti tip di TikTok, solekan mata anda masih tidak memuaskan.

Jika situasi ini terjadi pada anda, ikuti tip tip mengoles pembayang mata GLAM Cantik di bawah yang mana kami ajar teknik yang bersesuaian mengikut bentuk mata anda.

7 Tip Mengoles Pembayang Mata Agar Mata Lebih Menawan

Selain daripada teknik-teknik berikut, penting juga untuk anda menyediakan peralatan solekan yang bersesuaian sebelum memakai pembayang mata.

Ada yang lebih senang menggunakan jari sahaja, ada juga yang lebih selesa menggunakan berus. Tidak kira apa sekalipun yang anda guna, yang penting cara anda mengoles pembayang mata tersebut.

1. Mata Dalam

Pembayang mata

Gunakan ton warna yang lebih ringan pada kelopak mata dan bayangan gelap di bahagian lipatan yang tidak ketara.

See also
Indie Beauty Brand of The Year Dianugerahkan Kepada Kylie Cosmetics

2. Mata Tersembul

Cara terbaik menyembunyikan bentuk mata yang tersembul adalah dengan menggunakan rona matte gelap pada kelopak mata. Warna yang ringan dan cerah bakal menarik perhatian mata anda.

3. Mata Berhud

Jika anda mempunyai mata berhud seperti lipatan yang tersembunyi di kelopak mata, agak sukar untuk mengolah pembayang mata. Elak memilih   warna shimmery, sebaliknya cuba warna matte.

4. Mata Badam

Anda boleh mencuba mana-mana tip pembayang mata untuk bentuk mata jenis ini. Pemilik bentuk mata badam sememangnya dilihat  memiliki mata paling sempurna.

5. Mata Bulat

Mata bulat cenderung untuk menjadi lebih besar dan terbuka. Jadi, anda perlu memilih warna pembayang mata medium pada kelopak untuk memanjangkan bentuk mata anda. Di sudut luar mata, mesrakan pembayang mata hingga ke kelopak mata.

5. Mata Kuyu

Pembayang mata

Jika sudut luar mata anda tampak seakan ke bawah,  you will want to follow these eye shadow tips.  Mesrakan pembayang  mata sepanjang lipatan kelopak mata dari sudut luar kira-kira dua pertiga ke dalam dan alit penggaris mata di bahagian atas mata dan gulung bulu mata dengan penggulung sebelum palit maskara.

See also
Riasan Cinta Dalam Solekan Untuk Ke Temu Janji

6. Mata Rapat

Tidak sukar untuk membuat jarak mata rapat kelihatan luas. Bias ton gelap di bahagian sudut kelopak mata atau anda juga boleh membuat mata tampil lebih galak dengan menggariskan celak.

Cara Menentukan Bentuk Mata

Foto: Pexels

Sekiranya anda masih tidak pasti akan bentuk mata anda, ada beberapa cara mudah untuk menentukan bentuknya. Berikut adalah langkah-langkah yang anda perlu lakukan:

Langkah pertama: Padam solekan terlebih dahulu

Sekiranya anda memakai solekan, kami galakkan untuk anda menanggalkan solekan tersebut dan cuci wajah sehingga bersih. Dengan ini anda dapat determine bentuk mata dengan lebih baik.

Langkah kedua: Lihat diri di cermin

Posisikan diri anda lurus ke depan cermin, kemudian mundur selangkah. Ini supaya anda dapat melihat bentuk mata dengan lebih baik.

Langkah ketiga: Lihat bentuk mata

Amati bentuk mata anda tanpa mengecil atau membesarkan mata. Wajah juga perlu lebih relaks. Kemudian lihat bahagian atas kelopak mata. Cari lipatan jika kelihatan.

Jika tiada lipatan, ini bermakna mata anda jenis monolid, manakala jika ada lipatan menutupi kelopak mata, ini pula disebut sebagai hooded eyes.

Langkah keempat: Cari garis invisible

Sekiranya mata anda bukan monolid atau hooded eyes, anda boleh cuba trik ini. Guna pembaris atau pensel sebagai guideline dan cuba buat garisan lurus pada mata dengan pupil di tengah-tengah.

See also
SEMBANG CANTIK: Tengku Azura "The Ultimate Beauty Icon"

Lihat garisan mata luar anda. Adakah ia berada di atas ataupun di bawah garisan? Sekiranya ia di atas garisan, anda memiliki mata jenis downturned manakal jika di atas garisan, mata anda jenis upturned.

Jadi sekiranya anda sudahpun mengenali jenis mata anda, bolehlah anda mengenakan pembayang mata dengan lebih penuh keyakinan!

Teks Nur Sofea

Foto Unsplash

Artikle Berkaitan: 5 Produk Kecantikan Yang Harus Anda Miliki September Ini