Tip Solekan Natural

Tip Solekan Natural

Stella McCartney Paris RTW Fall Winter 2015 March 2015Gambar: TPGVIP

 
Inginkan solekan natural? GLAM bertanya kepada pakar solekan dan berkongsi helahnya dengan anda.
 
1. Krim
Langkah pertama, urut lembut krim pelembap pada muka. Ia adalah asas terbaik solekan sambil menenangkan kulit, sekaligus memeprbaik tekstur keseluruhan.
 
2. Bedak Asas
Dalam dunia realiti, aplikasi bedak asas tebal akan nampak bercapuk. Pilih bedak bertekstur ringan. Jika perlu formula tebal hanya sapu lapisan nipis selepas penyamar noda. Elakkan menyapu bedak kompak di atasnya, ia buat kulit nampak kusam.
 
3. Palet Mutiara
Pembayang mata dengan rumusan mutiara menambah efek iridescent juga sinar, malah beri ilusi kontur mata galak. Oles nipis pada kelopak dan penjuru dalam mata, jika mahu lebih fokus adunkannya di tulang pipi. Buat kulit gelap, white can look ashy. Pilih rona champagne.
 
4. Beige Pencil
Menurut pakar solekan, celak beige memadam segala kemerahan dan meninggalkan kesan natural. Ianya turut memberi efek segar pada mata yang letih.
 
5. Pemerah Pipi
Kombinasi pic serta merah jambu menyuntik seri pada ton kulit, dan sebarang nuansa beige buat muka kusam. Layangkan nipis di pipi, hujung hidung dan dagu. This makes it look like you’ve been outside.
 
6. Gincu
Tekstur matte bukan idea baik untuk stail natural, pilih ton yang menyuntik sedikit warna serta kilatan satin semula jadi. Tetapi bukan terlalu neutral sehingga sebati dengan warna kulit.
 
 

See also
Palet Warna Sempurna Buat Wajah