Tip Sebelum Bersolek Untuk Bakal Pengantin - Glam Malaysia

Tip Sebelum Bersolek Untuk Bakal Pengantin

ING_19032_00254

Gambar: INGimages


 
Penjagaan kulit dan pelan tatarias solekan amat penting bagi bakal ratu sehari. Selain dari teknik solekan yang flawless, kecantikan kulit wajah juga perlu diambil kira untuk menaikkan lagi seri wajah. Rejim penjagaan kulit wajah yang baik perlu diamalkan agar kondisi wajah sedia mendapatkan tatarias terbaik dari jurusolek pilihan anda. GLAM senaraikan beberapa tips penjagaan wajah sebelum bersolek untuk bakal pengantin.

     

  1. Mulakan rejim penjagaan kulit sekurang-kurangnya enam bulan hingga setahun sebelum hari perkahwinan untuk memastikan kulit anda berada dalam keadaan baik dan sihat. Ada produk baru diguna memberi reaksi alahan kepada kulit dan ini akan mengambil masa sehingga dua bulan untuk memulihkannya.
  2. Di pagi hari bahagia, elakkan memakai losen, toner atau mana-mana produk di antara kulit dan solekan anda. Langkah ini akan membantu solekan anda kekal pada kulit dan bertindak baik apabila mula panas dan berpeluh. Ia akan menimbulkan garis-garis halus bila minyak wajah mula memecah.
  3. Pastikan jurusolek anda tahu tentang masalah kulit anda supaya mereka boleh menggunakan produkproduk tambahan jika perlu untuk membantu mencapai aplikasi terbaik.
  4. Sekiranya anda berpeluh atau menangis, usah menggesek kala mengelap. Ini akan merosakkan solekan perkahwinan anda. Sebaliknya cuba kedap lembut kawasan basah supaya ia senang diserap.
  5. Elak aplikasi pressed atau loose powder untuk menghilangkan kilatan pada wajah. Lawannya, gunakan kertas serap minyak untuk hapuskan minyak serta merta dan tidak mencomotkan solekan anda.
  6. Menambah usaha yang paling mudah dengan rutin harian juga bisa membantu kulit anda kelihatan sihat bercahaya. Dengan meminum lapan gelas air setiap hari, kurangkan pengambilan kafein, usah terlalu runsing merancang butiran majlis serta dapatkan rehat yang mencukupi. Selebihnya, serahkan tanggungjawab yang lain kepada jurusolek pilihan anda.
See also
Tebus Sampel Percuma GLAM Beauty Club X La Prairie