Tip Menjaga Berus Solekan

Tip Menjaga Berus Solekan

MILAN FASHION SHOW FALL WINTER 2015Gambar: TPGVIP

 
Menaikkan lagi aura wajah bukan hanya dengan deretan rona solekan, it’s easy to look your best when you have the right tools. Mengadun solekan dengan menggunakan berus bagai ada sihirnya. Ianya memainkan peranan penting bagi mendapatkan hasil terbaik.
 
1. Untuk solekan kekal segar dan sempurna, beri perhatian kepada berus dan jaganya dengan baik. Letak setiap berus di dalam brush roll yang bersih atau cawan pensel yang tegak dan kerap membersihkannya. Berus anda mungkin boleh bertahan bertahun lama.
 
2. Setiap satu atau dua bulan, bersihkan kesemua berus anda dengan pembersih berus. Letak beberapa titis ke telapak tangan dan basahkan berus anda. Selepas itu, pusarkan berus ke telapak tangan hingga sabun menepu.
 
3. Bilas berus dalam air, hati-hati agar kepala berus tidak tenggelam di dalam air. Jika terjatuh, bulu akan menjadi longgar dari gamnya walau semahal mana berus sekalipun.
 
4. Picit air berlebihan pada berus dengan tuala yang bersih. Bentukkan kembali kepala berus dan biarkan berus kering dengan cara tergantung dari tepi kaunter, bukan dengan tuala.
 
 

See also
Wangian Pilihan Terhangat