Tips Memilih Haruman Buat Bakal Pengantin - Glam Malaysia

Tips Memilih Haruman Buat Bakal Pengantin

ING_40696_00411

Gambar: INGimage


 
Selain dandanan rambut, solekan, busana dan aksesori, memilih haruman juga penting buat ratu sehari menjelang hari bahagia. Haruman yang dipilih mampu membuatkan ratu sehari tampil lebih anggun dan berkeyakinan tatkala berdamping bersama suami. GLAM senaraikan tips memilih haruman buat bakal pengantin.

     

  • Jika memiliki minyak wangi yang benar-benar anda suka dan mahu memakainya pada hari bahagia, pastikan pasangan anda turut menyukainya.
  • Jika keluarga atau sahabat menyarankan beberapa haruman, usah terima bulat-bulat apa yang disarankan. Pewangi mencerminkan siapa diri anda sebenarnya. Pilihan seharusnya di tangan sendiri!
  • Jika anda ingin mencuba haruman baru, pastikan ia sudah dicuba sekurang-kurangnya sebulan sebelum tibanya hari bahagia. Rancang ‘perfume date’ bersama bakal suami dan tanyalah pendapatnya terlebih dahulu.
  • Anda pasti mahukan minyak wangi yang berbeza untuk berbulan madu. Bertukarlah kepada aroma yang lebih sensual dan romantis dengan ramuan kasturi, kayu dan resin.
  • Pertimbangkan keadaan cuaca! Pada musim panas pilih haruman segar berasaskan bunga manakala kala hujan dan redup cuba haruman yang bersifat oriental, lebih hangat dan elegan.