Tips Memakai Haruman - Glam Malaysia

Tips Memakai Haruman

ISS_1200_00129

Gambar:INGimage


 
Memakai haruman juga memerlukan langkah-langkah yang betul untuk mendapatkan efek haruman semula jadi dan tahan lama. GLAM senaraikan beberapa tips memakai haruman untuk mendapatkan efek haruman yang anda inginkan.

     

  • Biasakan membuat ‘layering’. Bermula dengan gel mandi, krim badan dan kemudian minyak wangi.
  • Sapukan pada bahagian-bahagian sensitif seperti di belakang leher dan tengkuk malah ada yang mencalit haruman di belakang kepala lutut!
  • Haruman bila disembur, baunya akan naik ke atas. Oleh itu, sembur minyak wangi pada betis atau belakang lutut anda untuk membolehkan aliran haruman naik semula jadi.
  • Pastikan minyak wangi bersama anda setiap masa supaya mudah dipakai jika perlu bagi mengelak bau tidak diingini di saat-saat penting.
  • Sembur minyak wangi di telapak tangan anda untuk efek lebih romantis.