Wajibkah face oil dalam rutin anda? Minyak muka ini sangat berguna dan dianggap sebagai suplemen wajah yang bertindak dalam transformasi kulit penuaan.
L’Occitane kembali dengan transformasi baharu Divine Youth Oil yang dikuasai oleh Immortelle Flower dari pulau Corsica. Bunga kekal abadi ini menyerap tenaga sinar mentari di Corsica dan dijadikan sebagai sumber utama dalam memberi bekalan dalam menguatkan kulit anda. Malah, sesuai untuk kembali meremajakan kulit wajah. Minyak wajah ini punya kekuatan berganda berbanding keluaran sebelumnya iaitu menguatkan kesihatan kulit, kulit makin bersinar dan mengembalikan kesegaran wajah.
Divine Youth Oil punya keunikan tersendiri apabila ia menggabungkan minyak botani yang dijadikan sebagai esensi Vitamin dan Omege wajah untuk setiap titisan. Seperti superfood untuk memiliki kulit makin kuat. Formula baharu yang terkandung seperti kaya dengan nutrisi vitamin A,C, E dan Omega 3, 6.9. Selain itu, turut punya agen anti-oksida iaitu Immortelle Essential Oil lebih kuat dua kali ganda daripada vitamin E. Minyak Argan sebagai lapisan asas minyak untuk Divine Youth Oil, kegunaannya sebagai membantu penyerapan efektif pada permukaan kulit.