Memo Cantik: Strobing VS Contouring

Memo Cantik: Strobing VS Contouring

Oleh: Suzie Adnan
 
makeup-main
 
Strobing. Satu perkataan yang berulang kali didengari sejak kebelakangan ini. Kegilaan ramai pada teknik solekan yang dipanggil strobing ini telah mencetus suatu macam fenomena dengan pelbagai tutorial di YouTube (juga aneka meme yang sungguh melucukan!). Alangkah mudahnya mengubah rupa wajah. Meneliti asal-usul gaya solekan ekstrem ini, baru saya tahu yang semuanya gara-gara suku sakat Kardashian, daripada si kakak sampaikan ke adik bongsu. Tetapi, apakah sebenarnya strobing dan bagaimana pula ia berbeza dengan contouring?
 
Rupa-rupanya, kedua teknik ini tidak banyak beza. Contouring mencipta ilusi wajah runcing menerusi gubahan beberapa tona gelap di atas kulit bersama olesan highlight di sisi tertentu bagi menyerlahkan struktur muka seperti cheekbone atau jawline. Kunci katanya adalah ‘menyerlahkan struktur wajah secara semulajadi’. Berbanding dengan strobing, teknik solekan ini lebih ringkas tetapi dramatik. Tekniknya adalah dengan menambah pakai tona cerah atau highlight pada bahagian-bahagian wajah yang ingin ditonjolkan. Hasilnya adalah muka yang boleh diibaratkan seperti ‘bercahaya dari dalam’. Kemunculan trend strobing membuatkan teknik contouring kedengaran lapuk.
 

See also
Rahsia Rambut Cantik Hanya Di GLAM Beauty Box : Episode 2

Jurusolek dari Melbourne, Heidi Hamoud memiliki ribuan pengiJurusolek dari Melbourne, Heidi Hamoud memiliki ribuan pengikut yang setia menonton tutorial solekannya

 
Apa yang pasti, aplikasi strobing mampu mengubah wajah secara drastik. Tetapi tidakkah ianya ibarat seperti menyarung topeng? Seperti satu berita yang menjadi viral baru-baru ini mengenai bagaimana seorang lelaki menceraikan isterinya pada pagi selepas malam pertama. Tindakan lelaki tersebut menyaman bekas isterinya gara-gara dia rasa sepertikan tertipu. Setelah dua tahun bercinta, ini baru kali pertama si suami melihat wajah sebenar isterinya yang sememangnya dikenali sebagai kaki makeup!
 
Solekan sepatutnya mencantikkan lagi wajah yang sedia ada. Memperbetulkan apa yang perlu, melitupi noda jikalau ada. Namun apa gunanya jikalau solekan itu merubah kita menjadi ‘orang lain’? Sanggupkah kita berpura-pura? Tidak – menurut mereka yang obses cantik. Zaman ini, beauty is really is skin deep.