Song Hye-kyo Sebagai Wajah Asia Pertama Guerlain
Song Hye-kyo Sebagai Wajah Asia Pertama Guerlain

Song Hye-kyo Sebagai Wajah Asia Pertama Guerlain

Pelakon penuh keanggunan dari Korea Selatan, Song Hye-kyo diumumkan sebagai duta rumah kecantikan Guerlain. 

Guerlain mengumumkan ikon global, pelakon dari Korea Selatan Song Hye-kyo sebagai wajah baru mereka. Ini menjadikan dia duta Asia Pasifik jenama kecantikkan itu. Sesuai dengan sifat elegan dan keanggunannya, Guerlain membuka buku baharu di kawasan Asia Pasifik.

“Saya gembira menjadi duta baru bagi Maison Guerlain yang ikonik. Rumah ini adalah intipati keanggunan abadi, lambang gaya Perancis yang unggul, menggabungkan inovasi dengan tradisi. Saya teruja untuk memulakan perjalanan ini bersama Maison Guerlain,” kata Song Hye-kyo tentang perlantikannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Guerlain (@guerlain)

Di dalam video pengumuman tersebut, Song Hye-kyo tampil dengan solekan minimalis yang bersih, diserikan dengan gincu merah terang hasil daripada koleksi Rouge G. Dalam video lain, dia dilihat memakai Rouge G dalam Le Rose Blush, memikat hati peminatnya. Namun, semua ini hanyalah pembuka tirai. Dalam beberapa hari lagi, Maison akan mendedahkan produk penjagaan kulit terbaharu, menampilkan bintang Hallyu tersebut. Peminat boleh menantikan kempen penuh yang bakal diumumkan oleh mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Guerlain (@guerlain)

Song Hye-kyo kini sedang bersedia untuk penggambarang bersama aktor Gong-yoo dalam drama terbaru mereka, Slowly, Intensly. Gabungan kedua-dua pelakon hebat ini sememangnya dinantikan ramai. Aktres ini memulakan kariernya pada tahun 2003 apabila bergandingan bersama pelakon Squid Game 2, Lee Byung-hun.

See also
Maya Letisha Tidak Boleh Hidup Tanpa 3 Produk Penjagaan Kulit Ini

Artikel Berkaitan: 6 Jenama Lokal Milik Selebriti Wanita Malaysia