Solekan Sempurna Hijabista - Glam Malaysia

Solekan Sempurna Hijabista

Keaslian wajah wanita berlitup hijab lebih terserlah dengan solekan yang serasi. Usah dibiarkan muka polos kerana bimbang rona atau corak hijab lebih menyerlah pasti meneggelamkan diri anda. Kalau bersolek berlebihan pula, penampilan kurang menarik. Keseimbangan solekan lebih sederhana pasti menambah seri saat melilit hijab kesukaan.

 

Sekiranya anda memilih warna skarf serasi dengan warna kulit dan busana, begitu juga saat memilih seleksi solekan. Anda mungkin mahu memastikan pilihan warna kesemua sekali lebih mesra dipandangan mata.

 

Keseimbangan solekan lebih sederhana pasti menambah seri saat memakai hijab kesukaan. Jangan biarkan imej anda menghalang penampilan dan semestinya seleksi pilihan paling tepat adalah menggunakan Les Beiges daripada Chanel.

 

Wajah Asli

Solekan natural atau semula jadi lebih digemari wanita kerana rata-rata mereka enggan kelihatan keterlaluan. Memilih solekan asas lebih nipis adalah untuk mengelak, bedak asas yang tebal melekat pada material skarf.

 

Memakai pelembap Les Beiges Sheer Healthy Glow Tinted Moisturizer sangat tepat kerana koleksi Chanel kali ini mengutamakan tekstur semula jadi dengan tagline, nude is a style.  Bagi anda yang mengimpikan wajah lebih berseri-seri, ini lah jawapan buat wanita di luar sana.

See also
Marion Cotillard Bintang Baharu Haruman Ikonik Chanel No. 5

 

Liputan menyeluruh pelembap ini menambah seri wajah semula jadi. Tekstur sutera dioles pada kulit semestinya mudah meresap dan  menjelmakan wajah lebih mulus selembut satin. Seolah-olah anda tidak memakai solekan.

https://www.instagram.com/p/BkBxAIuB27k/

Mata Memikat

Tarikan utama wanita berhijab adalah pada sepasang mata yang memikat. Warna solekan mata boleh dipilih berdasarkan warna hijab pilihan anda hari itu. Sekiranya rona hijab lebih gelap atau penuh motif dan corak, pastikan mata anda menyerlah dengan solekan lebih gelap seperti chocolate smokey.

 

Les Beiges, Palette Regard Belle Mine Naturelle adalah gandingan warna-warna harmoni. Setiap satunya membentuk lima rona pembayang mata terang ke lebih gelap, matte dan sehalus satin. Rona cerah boleh dioles sendirinya atau dipakai di bawah rona lebih gelap.

 

Fine and creamy, pembayang mata ini mudah dioles menggunakan berus atau hujung jari. Dengan adanya lightreflecting formula, warna lebih terang, berkilau dan tahan sepanjang hari.

 

Sesekali menghadiri acara istimewa, mengapa tidak bersolek lebih menyerlah daripada hari-hari biasa. Kilauan di wajah dengan rona skarf diikat pastinya mampu membangkitkan keyakinan diri.

See also
Adele Sekali Lagi Memecah Rekod Dengan Albumnya

https://www.instagram.com/p/Bkl3SMEB2kO/

Pipi Rona Glam

Satu olesan lembut bedak multi rona di pipi pasti meningkatkan seri wajah. Shading wajah perlu lebih meluas pada bahagian bawah dagu agar tidak tertutup diliputi skarf.

 

Les Beiges Harmonie Poudres Lumiere Belle Mine adalah bedak multi rona yang mempunyai garis warna universal yang pelbagai. Satu sapuan mampu memancarkan seri semula jadi agar kulit tampak segar sepanjang hari.

 

Garis warna tersusun warna-warna beige yang pelbagai, diikuti kemerah-merahan atau oren khusus untuk pipi. Malah ia diperkaya dengan formula selesa seperti shea butter dan beeswax.

https://www.instagram.com/p/BkUWVyqBt0Q/

Bibir Mekar

Wajah sehari-hari lebih cantik menggunakan lip balm rona neutral atau nude sahaja. Jika mahu mengenakan warna bibir lebih terang, padankan dengan solekan semula jadi dan skarf yang berona lebih lembut.

 

Belaian sutera Les Beiges Healthy Glow Lip Balm yang creamy, bertekstur melt-away dan diperkaya dengan moringa butter, pastinya memelihara bibir lebih sihat. Kandungan pelembapnya sangat luminous, natural dan sheer finish.