Solekan Glamor Untuk Parti Hujung Tahun Pilihan GLAM!
Pejam, celik, pejam, cilik, 2022 bakal berakhir dalam masa beberapa hari sahaja. Solekan glamor dan parti hujung tahun sudah memanggil-manggil untuk anda sambutnya bersama teman-teman!
Apabila tibanya bulan Disember, pastinya anda dan teman-teman menjadi cukup sibuk dek merancang parti hujung tahun sempena Krismas dan tahun baru. Temanya pula haruslah glamor baik daripada gaun yang disarung hinggalah ke pilihan solekan. Buat anda yang masih tidak tahu solekan glamor bagaimana yang ingin digayakan ke parti hujung tahun ini, mari GLAM kongsikan tip terbaik buat anda.
Namun sebelum itu, ini ada tip penting untuk anda cuba sebagai langkah prepping kulit wajah anda sebelum mengenakan solekan tebal:
- Pastikan wajah dicuci bersih.
- Seeloknya lengkapkan rutin penjagaan wajah sebelum menyarung solekan. Antaranya seperti rutin penting pemakaian toner, serum, pelembap dan pelindung sinar!
- Layangkan juga primer agar solekan kekal bertahan sepanjang malam.
GLAM Senarai Solekan Glamor Parti Hujung Tahun Buat Anda
0 Comments