Use your ← → (arrow) keys to browse
GLAM dekati Nikki Azura, pemilik Nailsmith Spa & Bar untuk mengetahui rutin produk penjagaan harus milik usahawan ini.
“Rutin penjagaan saya biasanya agak teliti. Dari penjagaan rambut, kulit muka, kecantikan mata, alis kuku dan solekan semuanya daripada jenama yang saya percayai. Memandangkan saya kerap menghadiri majlis glamor ibu kota, saya perlu memastikan penampilan fizikal dan dalaman sentiasa bersedia. Apatah lagi, kini saya mengusahakan salun kecantikan Nailsmith Spa & Bar yang berlokasi di Publika, Solaris Dutamas. Jadual saya kini semakin ketat dan memerlukan perhatian kecantikan yang berganda.”