Sharifah Areeqa Dedah Rutin Senaman Untuk Badan Cantik & Seksi - Glam Malaysia

Sharifah Areeqa Dedah Rutin Senaman Untuk Badan Cantik & Seksi

Bentuk tubuh Sharifah Areeqa sering mencuri perhatian dan menjadi inspirasi kepada ramai wanita yang ingin tampil cergas dan yakin seperti dirinya.

Tidak gatekeep rahsia badan cantiknya, Sharifah berkongsi rutin senaman di gim melalui TikTok terutama buat bakal pengantin dan pengikutnya, membuktikan bahawa tubuh yang cantik dan sihat hadir daripada disiplin, konsistensi dan senaman yang seimbang.

Rutin senaman Sharifah Areeqa

1. Incline Walk (30 minit)

Sesi dimulakan dengan berjalan di treadmill secara incline 6.5 dan pada kelajuan 4.1 selama 30 minit. Langkah ini membantu memanaskan badan, meningkatkan stamina dan membakar kalori secara perlahan tetapi berkesan.

2. Hip Abductions (3 x 15)

Untuk memberi fokus kepada bahagian paha luar dan dalam, Sharifah melakukan hip abductions sebanyak tiga set dengan 15 ulangan setiap satu. Senaman ini membantu menguatkan otot paha serta menyokong kestabilan bahagian bawah badan.

3. T-Bar Landmine Row (3 x 12)

Dikenali sebagai senaman untuk membentuk “sexy back”, gerakan ini memberi fokus pada bahagian belakang dan postur badan. Sharifah melakukannya dalam tiga set dengan 12 ulangan.

See also
Bijak Dan Menawan, Kenali Charmaine Chew Gadis Kelahiran Kedah Wakili Malaysia Di Miss International 2019

4. Cool Off

Selepas beberapa gerakan berat, Areeqa akan berhenti seketika untuk merehatkan degupan jantung laju dan memberi ruang kepada badan untuk seimbang semula.

5. Face Pull (3 x 15)

Senaman ini membantu menguatkan bahu dan bahagian belakang. Ia juga penting untuk postur yang lebih cantik dan seimbang.

6. Rope Down (3 x 15)

Fokus pada lengan, Sharifah melakukan rope down bagi menguatkan otot trisep sambil mengekalkan pergerakan yang terkawal.

7. Core: Around the World (3 x 20)

Untuk teras badan, gerakan ini membantu meningkatkan kekuatan perut dan kestabilan keseluruhan badan, dilakukan sebanyak 20 ulangan untuk setiap set.

8. Bernafas

Areeqa mengambil beberapa saat untuk menarik dan menghembuskan nafas secara perlahan, membantu badan kembali relaks sebelum ke senaman seterusnya.

9. Sit Ups (3 x 20)

Senaman klasik ini masih menjadi pilihan untuk menguatkan otot perut, dilakukan secara konsisten tanpa tergesa-gesa.

10. Ankle Touches (3 x 20)

Gerakan ini memberi fokus pada bahagian sisi perut, membantu membentuk dan menguatkan otot secara seimbang.

See also
7 Personaliti Berambut Cantik Pilihan GLAM

11. Cool Off

Sekali lagi, Areeqa ambil masa untuk cool off bagi mengelakkan ketegangan otot dan memastikan badan tidak terlalu bekerja lebih.

12. Glute Bridges (2 x 15)

Sebagai penutup, Sharifah melakukan glute bridges untuk mengaktifkan semula glute dan bahagian bawah badan sebelum menamatkan sesi.

@dagirlwitdahair the gym routine yall been asking for 🤪 #gym #fyp ♬ Pump It Up – Endor

Artikel Berkaitan: Sharifah Areeqa Kini Isteri Fazziq Muqris, Kenali “The Girl With The Hair”

Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup moden dan mewah, berkongsi kisah personaliti terkenal serta menyentuh aspek fesyen dan kecantikan.