Sesi Pengalaman Sensori GLAM Beauty Club X Aesop - Glam Malaysia

Sesi Pengalaman Sensori GLAM Beauty Club X Aesop

GLAM Beauty Club mengajak ahli terokai ruang imersif Bathing The Senses bersama Aesop. Seramai 30 ahli yang terpilih hadir ke ini.

GBC

Pengalaman sensori ke pameran seni bersama Aesop ini merupakan momen paling teristimewa buat GLAM Beauty Club dan para ahli yang terpilih. Ia bukan sekadar pengalaman kecantikan yang pernah kami lalui, ia adalah ruang imersif dalam mengenali dunia Aesop secara peribadi.

GBC X aesop

Sesi ini bermula dengan kata alu-aluan oleh Pengarah Kecantikan GLAM, Julia Azman dan disusuli dengan Winnie Lai, Aesop Beauty Trainer yang memperkenalkan Aesop dan membawa setiap menjelajahi setiap stesyen yang tersedia. Seperti kebiasaan Aesop, ahli GBC disambut dengan kehangatan tuala kecil lagi bersih sebelum mereka memulakan aktiviti.

Winnie

Artikel berkaitan Toner Wajah Ini Buat Kulit Wajah Lembut Segera

Kalau sudah melangkah ke rumah orang, pasti tuan rumah akan menyediakan sesuatu sebagai pemanis. Aesop menyambut 30 ahli GBC ini dengan air teh yang menyegarkan cukup beraroma. Sangat bertuah ahli GLAM Beauty Club dilayan istimewa.

See also
Best Hair Moment Di Grammys 2024!

Aesop

Sesi Bathing The Senses ini bermula dengan ciuman aroma herba ikonik Aesop sebagai menguji deria bauan setiap ahli sebelum mereka melangkah ke ruang seterusnya yang menjadi highlight utama. Stesyen utama ini menampilkan 4 penjuru sinki yang dibina khas untuk melengkapi ritual mandian Aesop. Di sini, mereka boleh mencuba dan rasai tekstur dan aroma yang menenangkan dari rangkaian Aesop. Dari rutin sabun, mencuci, urutan dan semburan aroma herba sangat melengkapi satu sama lain.

Perjalanan mereka di teruskan ke ruang lebih intim di mana mereka boleh berehat di ruang tersedia sambil melakukan urutan tangan. Satu sudut istimewa adalah barisan produk signature Aesop sejak 1998, iaitu Geranium Leaf.

Artikel berkaitan Sesi Pengalaman Sensori GLAM Beauty Club X Aesop

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan