September Must-Haves: Pilihan Editor - Glam Malaysia

September Must-Haves: Pilihan Editor

Buat pencinta kecantikan, bulan ini GLAM membariskan lima produk terbaik pilihan Editor GLAM untuk anda!
 
Laura Mercier
 
Hadir dengan sebuah palet yang memiliki 12 rona elegan lagi klasik. Rona-rona neutral ini sesuai dipakai setiap hari pada pelbagai acara. Memiliki pembayang mata berformula matte serta satin, Laura turut memperkenalkan tiga formula baru yang direka untuk efek smoke, highlight serta meresap cantik ke dalam kulit. Laura Mercier Extreme Neutrals RM259
 
KVD_DELUXE_TATTOO_LINER_TROOPER
 
Celak mata sempurna adalah daripada rangkaian formula tahan air. Celak mata ini bukan sahaja memiliki keistimewaan itu, malah ia juga hadir dalam formula berpigmen tinggi. Tahan lama sehingga 24 jam sudah cukup membuatkan ia sebagai celak mata harus milik bulan ini. Kat Von D Beauty Tattoo Liner RM99
 
Laneige
 
Antara inovasi kusyen kompak yang terbaik, Laneige mengembalikan kusyen kompak kali ini dalam generasi yang ketiganya. Lebih cerah dan segar di dalam dua jenis kusyen asas iaitu untuk formula pencerahan juga formula kawalan penampakan liang roma ketara. Selain itu, ia hadir dalam lapan rona mengikut kesesuaian tona kulit wanita Asia. Laneige New BB Cushion SPF50+ PA+++ RM 159
 
AR_ND_50ml_Restorative Hydrating_Emulsion_02
 
Emulsi terbaik sebagai langkah rawatan memulih serta mengekalkan kecantikan kulit. Diformulasikan dengan tekstur yang cukup ringan serta berteknologi Biosome5 Liposomal, emulsi ini menyasarkan kepada bahagian-bahagian kulit yang terdapat petanda awal terjadinya kulit menua. Kulit juga terasa lebih berseri dan kekal terhidrat. Jurlique Nutri-Define Restorative Hydrating Emulsion RM415/50ml
 
Whoo
 
Rawat kulit wajah dengan esen terbaru yang telah dinaik taraf dan diformulakan dengan tiga ramuan formula rahsia agungnya iaitu Gongjin, Gyeongok dan Cheongsim serta Chojahabidan bersama cordycepin. Ia meningkatkan lagi kuasa dan ketahanan kulit serta merawat kedutan halus pada wajah. Whoo Bichup Self-Regenerating Anti-Aging (JaSaeng) Essence RM669/50ml

See also
'A' untuk Attitude dan Anthony Vaccarello