Merangkumi lima wangian, Burch tidak dapat mengehadkan penglihatannya kepada hanya satu. “Citarasa saya adalah eklektik, dan saya mereka wangian ini dengan cara yang sama saya mereka bentuk ready-to-wear dan aksesori. Ia adalah alat untuk ekspresi diri,” katanya. “Bau adalah sesuatu sangat peribadi. Kita memilih wangian setiap hari berdasarkan mood kita, apa yang kita pakai atau bagaimana yang kita ingin rasakan. Saya sudah tidak lagi melihat wanita memakai hanya satu wangian. Mereka mengumpul wangian untuk bergantian atau dicampurkan bersama. Kami memikirkan tentang itu juga. Ini adalah bauan yang unik dan tahan lama, tetapi ia tidak terlalu kuat, jadi anda boleh mencuba dengan mencampur dan melapiskannya.”- ujar Tory Burch.