Sensual Wangian Hermès Barénia Eau De Parfum

Sensual Wangian Hermès Barénia Eau De Parfum

Aroma disebalik ramuan ajaib menyerlahkan komposisi sensual wangian chypre pertama di Hermès. Pengarah Kreatif Hermes Perfumes, Christine Nagel berjaya menemui haruman yang punya tarikan feminin, berjiwa bebas dan berani dalam wangian Hermès Barénia Eau De Parfum.

Wangian mewah Barénia merupakan wangian chypre pertama yang digabungkan bersama intipati unik seperti bunga lili rama-rama yang halus dan buah beri ajaib yang menakjubkan. Diserlahkan pula bersama aroma kayu oak yang hangat dan patchouli membangkit emosi yang tidak terkata.

Komposisi Sensual Wangian Chypre Pertama Di Hermès

Hermès Barénia

Campuran abadi ini adalah titik balas olfaktori yang mewah dan memberi kenangan yang tidak dapat dilupakan. Barénia ialah kulit asli warisan Hermès. Teksturnya halus, lembut dan sangat sensual kala disentuh. Sesuai dengan metafora buat Hermès Chypre yang menarik jiwa wanita bebas dan berani.

Hermès Barénia Eau De Parfum

Rekaan botol kaca Barénia oleh pereka Philippe Mouquet yang mendapat inspirasi daripada Collier de Chien yang ikonik dengan membentuk lengkungan sejernih kristal dan memilih logam berharga. Kod warisan ini disatukan secara harmoni untuk mencipta sekeping simbolik yang berkuasa.

See also
Skarf Elegan, Ikatan Versatil

 

 

Barénia Eau De Parfum boleh didapati di butik Hermès, secara eksklusif di kaunter Hermès Parkson Pavilion Elite Kuala Lumpur dan Seibu, The Exchange TRX mulai 2 September.