Sensual Wangian Di Pagi Raya - Page 2 of 4 - Glam Malaysia

Sensual Wangian Di Pagi Raya

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

AMOUAGE BOUNDLESS & MATERIAL

Fantasi kembara penuh kaleidoskop membawa kepada ciptaan terbaru Amouage iaitu Boundless & Material. Dua nota wangian ini suntik momen luar biasa penuh dengan kebebasan dan kegembiraan. Hasil ilham duo perfumers Karine Vinchon-Spehner dan Cecile Zarokian di bawah pengelolaan oleh Renaud Salmon, Boundless & Material adalah lambang liberal penuh dengan kebebasan. Wangian ini tercipta daripada woody-spicy-ambery mengangkat memori kali pertama olfaktori kala membentuk energi dalam kehidupan.

Boundless adalah lambang euforia penuh kegembiraan. Sekali semburan hilanglah segala stress anda. Seperti menyerap energi baharu yang belum pernah dikecapi. Aroma yang memikat hatinya punya gabungan antara spices, clear dan crisp. Kehadiran Cinnamon Leaf, Blood Orange dan sedikit aroma fruity ginger hangatkan titisan Myrrh Resinoid dan Tobacco Leaves yang meninggalkan nota pahit, manis madu. Lebih berani nota ini bergabung pula bersama Camphotaceous Cardamom, Papyrus Oil dan Ekstrak Madagascar Vanilla CO2, malah diperkemaskan bersama Oakmoss Veil, Balsams, Frankincense, Elemi dan Smoky Guaiacwood.

See also
GLAM Bersama La Prairie di The Exchange TRX

Material pula bersifat paradoks. Lebih kepada bersikap berani untuk tampil kelainan! Tercipta melalui Vanilla Absolute, iaitu salah satu ramuan natural sering digunakan oleh pakar pembuat wangian. Kali pertama semburan, tertangkap aroma Frankincense dan Elemi serta Benzoin terserap dalam Tonka Bean. Nota ambery purr of Labdanum, Patchouli dan Oud serlahkan aroma mewah. Percikan segar melalui bunga Osmanthus dan White Musks.