Use your ← → (arrow) keys to browse
Tidak lengkap rasanya gaya raya tanpa pilihan wangian terbaik. GLAM Bariskan haruman terkini sebagai pelengkap personaliti anda di pagi raya.
Memilih sebotol wangian mengikut personaliti bukanlah mudah! Setiap wangian terhasil ada kisah tersendiri dan setiap pembuatan memakan masa yang lama sehinggalah setitik ramuan itu menepati ilham dan cita rasa olfaktori. Pastinya setiap layangan semburan wangian itu menggamit suasana lebih segar. Seperti refresh untuk permulaan hari. GLAM bariskan wangian terkini bakal meraikan momen istimewa anda kala menyambut hari raya.