Sembang Cantik Bersama Thibaud Crivelli, Pengasas Maison Crivelli - Glam Malaysia

Sembang Cantik Bersama Thibaud Crivelli, Pengasas Maison Crivelli

Jenama wangian mewah, Maison Crivelli hadir dengan pilihan Extrait baharu lebih unggul nan harmoni ciptaannya. Tubéreuse Astrale cetus kelainan.

Hasil kolaborasi bersama pakar wangian Quentin Bisch, Maison Crivelli kini memperkenalkan wangian baharu di bawah koleksi Extrait de Parfum iaitu Tubéreuse Astrale. Wangian ini terinspirasi daripada memori zaman kanak-kanak Thibaud Crivelli yang menemui bunga harum sundal malam sambil memerhati kehadiran komet dan Bima Sakti. GLAM bertemubual bersama Thibaud Crivelli dengan lebih terperinci.

Maison Crivelli

SEMBANG CANTIK BERSAMA THIBAUD CRIVELLI, PENGASAS MAISON CRIVELLI

Maison Crivelli

Apakah tiga intipati utama dalam Tubéreuse Astrale?

Wangian ini dibuka dengan nota serbuk kayu manis yang hangat lagi sensual. Tiga intipati utama seperti bunga harum sundal Malam India yang mutlak dengan kualiti terbaik, Osmanthus Cina, buah pic dan minyak pati biji lobak menyerlahkan aroma manis buah.

Apakah inspirasi anda disebalik Tubéréuse Astrale?

Saya telah mengilhamkan ia melalui kenangan sewaktu di zaman kanak-kanak saat menghabiskan masa bersama ayah saya yang gemarkan astronomi. Di waktu malam, kami ditemani dengan Bima Sakti dan bintang yang indah sambil menghidu aroma bunga harum sundal malam. Bunga putih yang halus lagi gebu ini hanya mekar pada waktu malam mempamerkan kecantikan yang abadi.

See also
Perincian Elegen Première Camélia Skeleton Oleh Chanel

Apakah emosi atau sensasi yang ingin ditimbulkan saat memakai Tubéreuse Astrale?

Tubéreuse Astrale melihat kontras yang sangat terang, berkilauan dan bercahaya pada satu bahagian dengan padanan baldu berkrim lembut. Minyak wangi ini memberikan tenaga positif dan unik untuk pemakai.

Apakah petua terbaik untuk memilih wangian yang bersesuaian dengan acara?

Wangian boleh menentukan keperibadian anda serta mood mengikut masa anda. Secara peribadi, saya amat menggemari Hibiscus Mahajad kerana ia meningkatkan tenaga dan keyakinan diri saya.

Artikel berkaitan Sembang Cantik Bersama Afifah Nasir