Sembang Cantik Bersama Pengasas Krave Beauty, Liah Yoo - Glam Malaysia

Sembang Cantik Bersama Pengasas Krave Beauty, Liah Yoo

Krave Beauty kini memasuki pasaran Sephora Malaysia! Liah Yoo bukanlah ‘hijau’ dalam dunia kecantikan. Dulunya dia OG Beauty Youtuber. Kini, dia usahawan kecantikan berjaya.

Krave Beauty

Sembang Cantik Bersama Pengasas Krave Beauty, Liah Yoo.

Liah Yoo

Apakah yang memberi inspirasi kepada Krave Beauty dan kisah perjalanan peribadi anda dalam meniti kejayaan buat ritual penjagaan kulit?

Pernahkah kulit anda mempunyai masalah jerawat? Saya pernah melalui fasa di mana kulit aktif berjerawat dan pelbagai produk saya cuba untuk menangani masalah ini. Namun, semakin banyak dicuba, semakin teruk kondisi kulit saya. Hingga saya membuat 14 langkah untuk rutin penjagaan kulit, saya membersih wajah sebanyak empat langkah berbeza kerana geli akan kulit berjerawat!

Setelah langkah ini gagal dan ia merengsakan kulit, ia membuatkan saya terfikir untuk menghentikan segala rutin terdahulu dan hanya fokus kepada penjagaan asas  seperti membersih, melembapkan dan SPF. Hanya dua minggu kulit kembali bersih dan ia membuatkan pengikut saya di Youtube mula mengikuti rutin less is more saya.

See also
Apakah Itu Topical Steroid Withdraw Yang Kini Di Alami Tengku Chanela Jamidah?

Apakah kandungan aktif yang terkandung dalam rangkaian produk utama Krave Beauty?

Krave Beauty diinspirasikan daripada makanan. Seperti anda mengidam, sama di Krave. Apa yang anda inginkan untuk menyelesaikan masalah kulit wajah anda. Setiap produk yang saya inspirasikan atau cipta adalah berasaskan Super Food seperti Matcha Heartleaf Hydrating Cleanser yang mengandungi Matcha. Ramuan ini mempunyai kandungan anti-oksida yang tinggi dan juga memberikan kesegaran luar biasa.

Produk Oat So Simple Water Cream pula mengandungi ekstrak oat sebagai ramuan utama. Ia sesuai untuk menenangkan kerengsaan kulit terutama kulit sensitif seperti individu yang mempunyai masalah ekzema.

Setiap produk yang dihasilkan mempunyai dilabel dengan nama yang unik, bagaimana anda mendapat ilham atau idea?

Saya suka akan sesuatu yang buat individu teringat akan produk kami. Kegemaran saya iaitu Kale-Lalu-yaha! Ada juga team Krave Beauty memberi idea untuk setiap nama. Seperti Oil La La, nama ini diberi oleh komuniti cantik yang memenangi pertandingan yang dianjurkan oleh Krave Beauty.

See also
Tip Solekan Lebaran

Apakah yang membuatkan Krave Beauty berbeza dari jenama penjagaan kulit yang berada di pasaran Malaysia terutama di Sephora?

Apabila saya melihat jenama Krave Beauty di rak Sephora ia mencetus momen istimewa buat saya dan saya yakin apabila individu yang berkunjung ke Sephora melihat produk ini pasti mereka teruja! Falsafah saya mudah, hanya pilih produk yang bersesuaian dengan kulit anda, cuba lakukan rutin secara minimal tidak perlu berlebihan.

Adakah Krave Beauty mementingkan proses kemampanan dalam setiap hal terutama melalui pembungkusan atau pengeluaran produk?

Di Krave Beauty, kami teliti akan setiap keluaran produk dan tidak terburu-buru untuk mengeluarkan produk baru. Bagi saya, semakin banyak produk yang terjual di luar sana kadangkala ianya sekadar meraih populariti. Sejak enam setengah tahun, Krave Beauty hanya menampilkan enam produk dan ini menunjukkan kami sangat peka dengan proses kemampanan yang teliti. Proses demi proses akan dilalui sebelum produk dikeluarkan.

Apakah produk pilihan Liah Yoo?

 Makeup Re-Wined! Kenapa Re-Wined, kerana kami menggunakan minyak biji anggur kitar semula! Produk ini digunakan sebagai pembersih mekap dan 100 peratus mempunyai formula minyak yang akan membuang kotoran maskara kalis air dengan mudah dan juga menanggalkan mekap dengan mudah!

See also
Pereka Fesyen Michael Anthony Merealisasikan Gaun Puteri Disney Dalam Bentuk Adi Busana

Krave