Sembang Cantik Bersama Aqila Ishamuddin

Sembang Cantik Bersama Aqila Ishamuddin

GLAM menemubual secara eksklusif bersama Aqila Ishamuddin, yang ingin berkongsi produk kecantikan perlu ada pilihannya.

Ketahui produk kecantikan harus dimiliki oleh Aqila Ishamuddin!

1. La Mer The Lip Balm

Pelembap bibir dari La Mer merupakan salah satu produk yang Aqila perlu ada sepanjang masa. Aqilah berkongsi dengan GLAM, pelembab bibir membantu mengekalkan bibirnya terhidrat sepanjang hari. “Bibir saya sering kering dan pecah-pecah. Oleh itu, saya akan menyimpannya dalam beg saya dan di sebelah katil sepanjang masa. Sebelum tidur, saya akan memakainya selepas melakukan rutin penjagaan kulit saya”, kongsi Aqilah kepada GLAM.

2. Augustinus Bader The Rich Cream

Aqila menyarankan untuk mendapatkan Augustinus Bader jika anda mencari pelembap yang kaya tetapi tidak berminyak. Ia juga membantu kulit anda untuk menjadi halus dan segar. Aqila menggunakannya setiap pagi dan malam. Ianya juga sesuai digunakan sebagai krim malam. Aqila berkongsi kepada GLAM bahawa peningkatan yang ketara akan dapat dilihat pada kulit anda, terutama sekali bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat. Menurutnya juga, ramai pengguna mendapati kulit mereka berasa lebih baik dan kelihatan lebih bertenaga selepas mencuba Augustinus Bader.

See also
Sembang Cantik Bersama Thanuja Ananthan

3. Beauty of Joseon Relief Sun : Rice + Probiotics (SPF50+ PA++++)

Aqila telah mencuba banyak pelindung matahari di pasaran. Ada yang terlalu berminyak dan ada yang membuat kulitnya kering. Namun baginya, Beauty of Joseon merupakan produk yang sempurna. Apabila disapu pada kulit, teksturnya hampir sama seperti pelembap dan sangat selesa pada kulit. Aqila juga berkongsi dengan GLAM bahawa produk ini tidak meninggalkan kesan putih atau membuat solekannya kelihatan bertompok seperti sesetengah pelindung matahari lain. “Saya telah menggunakannya selama lebih dari setahun dan harganya juga sangat berpatutan”, ujar Aqilah.

4. Le Labo – Santal 33 Eau de Parfum

Wangian Le Labo merupakan antara produk yang Aqila perlu ada. Bagi dirinya, dia menggemari wangian Le Labo kerana harumannya yang unik dan jarang dijumpai. Wangian tersbeut dicirikan dengan nota musky yang kaya dan mendalam, memberikan sensasi elegan kepada para pengguna. Bagi Aqila, wangian Le Labo bukan sekadar wangian biasa, tetapi satu elemen penting dalam rutin hariannya.

See also
12 Selebriti Wanita Hollywood Kongsi Rahsia Kecantikan

 

Artikel berkaitan: Sembang Cantik Bersama Thibaud Crivelli, Pengasas Maison Crivelli