Sambut Tahun Baru Bersama Siri Y.O.U Rouge Lip Cream - Glam Malaysia

Sambut Tahun Baru Bersama Siri Y.O.U Rouge Lip Cream

Tiada yang lebih bermakna jika dapat memiliki bibir lembap sepanjang hari. Y.O.U menampilkan siri Rouge Lip Cream bersama formula istimewa dan juga penyelamat anda.

Apabila dipetik gincu bertekstur matte pasti ada di antara anda mempersoalkan tahap ketahanan dan juga efek selepas memakai sepanjang hari samada bibir kering atau merekah. Disebabkan masalah ini seringkali berlaku, Y.O.U tampil dengan solusi berguna dengan siri Rouge Lip Cream. Hadir dengan formula istimewa penuh berkhasiat dan memastikan bibir anda lembap dan khasiat sepanjang hari. Melalui siri yang sama, terdapat dua koleksi berbeza tekstur iaitu Rouge Velvet Matte Lip Cream dan Rouge Satin Lip Cream. Di samping melindungi permukaan kulit bibir, siri ini juga menyuntik semangat berani dan penuh bertenaga kerana pemilihan warnanya yang menarik. Bakal menangkap mata memandang kala disalap pada bibir. Selain itu, turut berpigmen tinggi daripada rona nude elegan hinggalah kepada rona merah menyala. Bukan itu sahaja, krim bibir matte ini juga menyempurnakan bentuk bibir untuk ilusi mungil.

See also
Inspirasi Solekan Malam Gala Pilihan GLAM

Sebanyak 18 pilihan warna menawan yang menampilkan pelbagai mood dan elemen untuk penampilan berbeza dan juga mengikut personaliti anda. Seperti warna merah pelbagai tona berbeza, samada boleh dipakai untuk bekerja atau parti!

Rouge Velvet Matte Lip Cream ini diperkaya  dengan minyak kelapa dan vitamin E yang juga meningkat teksturnya, warna tahan lebih lama pada bibir. Tekstur kemasan baldunya juga bersifat ringan, tidak melekit atau berminyak pada bibir. Paling penting, setiap sapuannya tidak comot pelitup wajah dan cepat kering dengan serta-merta.

Rouge Satin Lip Cream bersifat satin iaitu separa matte yang mengandungi minyak biji bunga matahari, minyak kelapa, ekstrak minyak Jojoba dengan tekstur berkrim, sebagai pelembap dan formulanya berpigmen tinggi dan tahan lama. Antara warna paling digemari menerusi koleksi Rouge Lip Cream seperti Rouge Velvet Matte (18 Honey) dan Rouge Satin (13 Mauve Pavlova). Siri Y.O.U Rouge Lip Cream dijual dengan harga RM36.90 dan boleh didapati di Watsons, Lazada dan Shopee.

Tawaran istimewa di Watsons, siri Rouge Lip Cream mempunyai diskaun sebanyak 30% dan tambahan 5% untuk ahli Watsons. Koleksi Golden Age pula diskaun sebanyak 20 % dan tambahan 10 % untuk ahli Watsons manakala koleksi Dazzling Glow Up untuk rangkaian produk Instant Brightening hadir dengan diskaun sebanyak 10% dan tambahan 10% untuk ahli Watsons. Lawati gedung kecantikan Watsons dan dapatkan baucar RM8, paket merah Tahun Baru Cina dan hadiah misteri daripada Y.O.U beauty advisor!

Artikel berkaitan Rahsia Merawat Bibir Yang Terlalu Kering

See also
Vanessa Hudgens Tularkan Vibe Cher!

 

Singgah ke Watsons dan dapatkan baucar RM8 CNY paket merah dan hadiah misteri daripada penasihat kecantikan Y.O.U! Layari laman sosial media Y.O.U Beauty Malaysia di Instagram, Tik Tok dan Facebook. Atau perkembangan terbaru Y.O.U Beauty official store di Lazada dan Shopee.