Rutin Cantik Ringkas Rahsia Bella Dally Kekal Menawan - Glam Malaysia
diari cantik bella dally

Rutin Cantik Ringkas Rahsia Bella Dally Kekal Menawan

Ini Diari Cantik Bella Dally yang memilih rutin kecantikan secara ringkas sebagai panduannya setiap hari untuk kekal menawan. Temubual eksklusif bersama aktres pilihan GLAM.

 

1. Produk kecantikan pilihan terkini?

N1 de CHANEL Lip and Cheek Balm. Ianya sangat praktikal dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Terutama ketika off days, jika saya ingin tampak seperti tidak bersolek namun masih ingin wajah segar. I would just brush my eyebrows with a gel and apply the product on my lips and cheek. Done!

2. Self-love buat anda?

Luangkan masa sendirian, menerima kekuatan dan kekurangan diri serta menjaga tubuh badan dengan memilih gaya hidup sihat. Sentiasa berfikiran positif dan meditasi.

3. Apabila beli-belah barangan kecantikan, apakah yang anda cari?

Kandungan produk! Ini paling penting kerana dengan memahami ramuan yang terkandung, pastikan ia sesuai untuk kulit jenis sensitif seperti saya. Kedua, harga. I believe in affordable products that are effective. Ketiga adalah produk reviu. Sebelum saya membeli produk baharu, saya akan melihat dulu reviu pengguna.

4. Cara kegemaran Bella Dally memanjakan diri?

Baru-baru ini,saya kembara ke Bali bersama sahabat wanita untuk Wellness Retreat. Kami menghabiskan masa melakukan rutin yoga, berurut, detoks, lulur dan segalanya bersifat holistik.

5. Apakah rejim cantik harian anda?

I like to keep it simple now. Saya jarang melakukan rawatan wajah sejak saya bertemu produk penjagaan wajah yang bersesuaian dengan kulit dan rutin. Tetapi ini yang kerap saya lakukan setiap hari seperti membersihkan wajah bersama mild cleanser, serum vitamin C, pelembap dan krim tabir suria.

6. Memori cantik pertama?

Seingat saya, sewaktu berumur sembilan tahun saya menggunakan alat solek kepunyaan ibu saya dan bermulalah fasa saya gemar bersolek. Dari suka-suka hingga menjadi hobi, wajah ibu, kawan dan sepupu adalah kanvas untuk saya bermain.

7. Siapa ikon cantik anda?

Pati Dubroff. Dia ialah jurusolek selebriti dan saya sangat menggemari cara solekannya terutama untuk Margot Robbie. Cara solekan yang semula jadi dan teknik yang digunakan menjadi panduan saya. Solekan minimal dan neutral sememangnya pilihan saya.

 Artikel berkaitanDiari Cantik GLAM Bersama Pelakon, Siti Hariesa