Rouge Dior Baharu Tampil Dengan 75 Warna - Glam Malaysia

Rouge Dior Baharu Tampil Dengan 75 Warna

Hari ini, Rouge Dior terus dinaik taraf dan Peter Philips, pengarah kreatif dan imej Dior menyajikan 75 warna buat wanita seluruh dunia. Bukan sahaja menambah warna tetapi Peter juga melengkapkan rangkaian ikonik ini dengan empat kemasan berbeza; velvet, metalik, pusam dan satin. Peter turut menyuntik elemen penjagaan pada Rouge Dior yang baru ini bila mana dia menggunakan bahan semula jadi untuk memelihara bibir sambil bergincu. 

Peter Philips menyambung objektif Christian Dior yang pada asalnya mencipta gincu sebagai memenuhi kehendaknya memberi ‘ciptaan couture’ buat bibir pelanggannya. Christian Dior awalnya dulu menyajikan gincu-gincu merah kerana baginya merah adalah warna kehidupan. Kata Peter Philips semua 75 warna yang ada dalam rangkaian Rouge Dior dicipta untuk menemani senyuman wanita di dunia, tidak kisahlah untuk penampilan yang avant-garde mahupun satu warna untuk gaya harian. “Warna merah dalam himpunan ini adalah satu statement manakala ton nude adalah tetamu istimewa. Efek warna gincu nude berbeza pada setiap Wanita, bergantung pada ton kulit juga warna bibir, jadi sangat penting untuk memberikan variasi sebagai pilihan, dari beige terang hinggalah ton bunga mawar agar ada satu yang sesuai untuk semua.”

See also
Charlize Theron Ditemu Bual Peter Lindbergh Di Set Penggambaran J'adore

Klik: Solekan Mata Jadi Fokus Dior Makeup di Musim Bunga

Jika 75 gincu terlalu banyak untuk dipilih, GLAM bantu anda dengan empat warna ikonik untuk anda cuba.

Rouge Dior Baharu Tampil Dengan 75 Warna

999 Velvet

Warna malar segar yang dicantumkan ideanya daripada dua warna gincu terawal ciptaan Christian Dior, yakni 9 dan 99. Tahun ini 999 tampil dalam empat kemasan.

Rouge Dior Baharu Tampil Dengan 75 Warna

100 Nude Look

Jika mencari gincu nude, inilah jawapannya. Ini adalah interpretasi moden bagi warna 1947 yang dicipta oleh Christian Dior Sendiri, ia campuran ton kelabu dan beige.

Rouge Dior Baharu Tampil Dengan 75 Warna

080 Red Smile

Ton merah yang cukup menyerlah dan tonnya agak ‘nakal’. Warna ini adalah olahan baru dari gincu merah pertama yang dicipta oleh Christian Dior pada tahun 1950.

525 Cherie

Satu warna yang sesuai untuk digayakan setiap hari, jika dilihat dekat bagaikan ada tekstur kilau namun tidak berlebihan, sekadar memberi efek lembap pada bibir.

Klik: “Memakai Gincu Hari Ini Adalah Momen Paling Berharga,” – Peter Philips