ROUGE ALLURE L'EXTRAIT Untuk Wanita Luar Biasa - Glam Malaysia

ROUGE ALLURE L’EXTRAIT Untuk Wanita Luar Biasa

Simbolik wanita berani. CHANEL kembali bersama ROUGE ALLURE L’EXTRAIT dengan daya tarikan tersendiri dan tiada tandingan.

Setiap kali menyalap gincu pada permukaan bibir, perkara pertama terlintas sudah tentu ingin tampak lebih menonjol dan mengembalikan semangat kala bergaya. Warna gincu amat memainkan peranan utama kerana ia membentuk ekspresi diri. ROUGE ALLURE kembali menyapa dengan formula yang lebih intensif. Sejak mula diperkenalkan sekitar 2006, ia telahpun membangkitkan semangat kebebasan dalam diri wanita malah punya daya tarikan tiada jolok tandingannya. Tahun ini, CHANEL mengembalikan semangat ini bersama ROUGE ALLURE L’EXTRAIT dengan hasil gabungan tenaga antara CHANEL maekup Creation Studio dan CHANEL Research.

ROUGE ALLURE bukan gincu biasa kerana kehadirannya punya aura tersendiri terutama pada bahagian sarungnya yang direka secara klik, cukup kemas penggunaannya. Inspirasi terbaru ini lebih fokus kepada tekstur dan kepekatan warna demi menghasilkan rupa solekan yang sempurna. ROUGE ALLURE L’EXTRAIT hadir dengan 20 seleksi warna bibir yang terang, berani dan juga mempunyai nama simbolik seperti ROUGE AUDACIEUX, ROUGE LIBRE dan ROSE IMPULSIF. Setiap warna ini mengandungi ramuan yang punya sifat pemantul cahaya yang kuat dimana setiap kali gincu dipakai bibir akan kelihatan licin disebalik kemasan satin.

See also
Datuk Sheila Majid Tiga Dekad & Tiada Tandingan

Artikel berkaitan Rawat Bibir Kering Bersama ROUGE COCO BAUME

ROUGE ALLURE L’EXTRAIT diperkaya dengan kompleks yang menggabungkan minyak ume flower enfleurage dan lilin tumbuhan yang memberi efek bibir lembap selama 12 jam. Kenikmatan kali pertama sapuan di permukaan bibir, sememangnya tiada tandingan. Sarung baharunya yang tipis telah direka bentuk semula agar muat kartrij isi semula emas, tanpa kehilangan klik ikonik ROUGE ALLURE. Koleksi ROUGE ALLURE L’EXTRAIT bakal berada di pasaran pada 1 Julai 2022 di setiap butik dan kaunter kecantikan CHANEL seluruh Malaysia dan di platform e-shop CHANEL.