Rona Kuku Merah Kembali Hangat Bulan Ini, Yay or Nay?
Rona kuku merah

Rona Kuku Merah Kembali Hangat Bulan Ini, Yay or Nay?

Rona kuku merah kini kembali menjadi pilihan selebriti antarabangsa. Ini tanda untuk anda juga mula mencuba warna garang ini!  

Apabila menyebut rona kuku merah, pasti ramai anak muda yang gerun ingin mencubanya, risau dikatakan nampak ‘tua’ atau tidak moden. Masakan tidak, rona merah ini hanya sering digayakan apabila tibanya musim perayaan tertentu seperti Krismas atau juga Tahun Baru Cina. Memang rona ini menjadi rona pilihan ramai ketika itu. Namun, hari ini kami yakin persepsi anda terhadap rona hangat ini bakal berubah serta-merta!

Baru-baru ini kami melihat semakin ramai selebriti antarabangsa memilih untuk menggayakan tatarias kuku dengan rona menyala ini. Seperti Bella Hadid, Selena Gomez dan terkini Kendall Jenner! Melihatkan mereka bertiga menggayakan rona kuku ini di tiga acara berbeza menampakkan rona merah ini sebenarnya cukup versatil. Seperti Kendall yang menggayakannya sewaktu di percutian pantai, Selena Gomez di karpet merah anugerah berprestij dan Bella pula menggayakannya dengan cukup bersahaja di kala off-day nya. Kini, kami boleh katakan rona merah bukan lagi dianggap rona klasik!

See also
Kecoh di TikTok, Apa Itu Gua Sha Dan Apa Fungsinya?

rona kuku merah

Kendall Jenner

Selena Gomez

rona kuku merah

Bella Hadid

GLAM Kongsi 3 Tip Untuk Kuku Rona Merah Anda Kekal Cantik

Pernahkah anda terfikir bagaimana mereka di salon dapat memberikan hasil tatarias kuku yang cantik? Jika anda tahu tekniknya, pasti anda juga mampu melakukan sendiri di rumah. Ikuti tip GLAM untuk mendapatkan hasil rona kuku yang cantik.

#1 Pastikan anda menggunakan pewarna kuku yang berkualiti untuk hasil rona yang lebih cantik, kemas dan tidak bercapuk. Pemilihan pewarna yang hadir dengan berus yang betul juga memberi kesan kepada cara anda mengaplikasikan pewarna pada kuku anda!

#2 Jangan lupa untuk buff kuku terlebih dahulu. Ini adalah sebuah langkah yang penting sering dilupakan jika mewarna kuku sendiri di rumah. Apabila kuku di buff dan dikilatkan, pewarna kuku yang dioles pasti akan kelihatan lebih cantik dan tahan lama.

#3 Jangan lupa untuk layangkan base coat juga top coat sesudah mengoles warna kuku anda. Ini juga bertujuan bagi memastikan warna tampil lebih cantik dan tahan lama di kuku anda.

See also
12 Selebriti Wanita Hollywood Kongsi Rahsia Kecantikan