Riasan Wajah Dengan Suntikan Extreme Dari Koleksi Terbaru Nars
Tanpa mengira tempat, waktu, dan situasi, riasan wajah wanita sudah menjadi sebahagian daripada elemen penting untuk menyempurnakan look mereka. Dari pilihan pembayang mata, ke highlighter dan blush, sehingga ke rona gincu yang digunakan sebagai sentuhan terakhir dan pelengkap konsep yang diinginkan.
Nars yang cukup lazim dengan rona-rona berani mereka kini tampil dengan koleksi edisi terhad Full Vinyl Lip Lacquer menampilkan 10 rona warm dan bold yang diperkaya dengan Vitamin E, formula ringan dengan kemasan yang berkilau memberikan efek bibir mungil dan menawan.
Sekali oles sahaja sudah boleh menampakkan pigmen yang cukup jelas dan liputan penuh hasil aplikator dwi-permukaan. Have fun dengan kesemua rona yang ditampilkan untuk memberikan jiwa baru kepada look anda. Anda juga masih lagi berpeluang untuk mendapatkan koleksi ini di di Nars Pavilion Kuala Lumpur bermula 2 Julai sehingga 8 Julai ini! #NarsMalaysia