Revolusi Kulit Mulus Dengan The Face Shop

Revolusi Kulit Mulus Dengan The Face Shop

Mencari penjagaan kulit tidak semudah yang disangkakan kerana tidak semua produk kecantikan mampu memenuhi gaya hidup. THE FACE SHOP menampilkan tiga produk terbaru yang mensasarkan keperluan setiap wanita masa kini.

 

Ada kalanya kita terlalu sibuk dengan tugasan harian sehingga alpa dalam menjaga diri. Terutamanya kulit yang lebih mudah terdedah kepada elemen-elemen yang tidak sihat seperti sinar UV dan udara kotor. Ini menyebabkan kulityang dahulunya berseri tampak kusam dan kurang anjal. Kini masalah anda boleh diselesaikan dengan menggunakan siri kecantikan THE FACE SHOP yang sesuai dengan apa jua aktiviti yang anda biasa lakukan seharian.

2 of 3

MENGEMBALIKAN KEREMAJAAN

NOKYONG COLLAGEN CONTOUR LIFT GOLD

 

Krim kapsul yang mengandungi nokyong kolagen ampoule (anti-kedut + pemutihan produk berfungsi ganda) terbentuk dalam bentuk kapsul emas yang mengetatkan dan mengangkat lapan garis penuaan untuk kulit lebih muda. Krim konsentarsi pekat ini menyasarkan lapan garis penuaan di dahi, di antara mata, di sekeliling mata, di bawah mata, garis ketawa, bibir, leher dan garis kontur wajah. Disyorkan untuk untuk wanita yang berusia 40 tahun.

 

Cara aplikasi:

  • Gunakan spatula dan gabungkan satu hingga tiga kapsul, adun pada telapak tangan dan sapukan secara rata pada wajah. Krim kapsul ini juga boleh digunakan sebagai serum atau pelembap siang dan malam.