Resolusi Detoks

Resolusi Detoks

detox
 
Detoksifikasi atau ringkasnya detoks merupakan cara untuk membersihkan tubuh dari toksin. Tidak hanya memberikan efek rileks dan menyihatkan, detoks juga bermanfaat memancarkan kecantikan semulajadi para wanita. Kerana itulah rawatan detoks perlu dilakukan sendiri ataupun di salon-salon kecantikan. Lakukan detoks untuk kesihatan dan kecantikan anda hari ini and say hello to the new you!
 
Detoks Minda
Pengumpulan toksin berlebihan dalam tubuh bakal mengundang stress dan hypertension. Atasi masalah ini dengan melakukan mind detoxifying meditation. Dekatkan diri dengan persekitaran positif yang mendamaikan.
 
• Ketenangan minda mampu membawa aura positif kepada seluruh sistem tubuh. Penting untuk menyah toksin dari minda untuk kesihatan tubuh.
 
• Yoga dan pilates adalah kaedah detoks minda terbaik kerana latihan ini memberi ketenangan minda, jiwa serta tubuh secara menyeluruh.
 
Detoks Wajah
Having panda eyes is not cute! Apakah anda memiliki keluhan wajah seperti gelapnya kantung mata, wajah berkedut, kulit kusam mahupun flek-flek hitam di wajah? Wajah merupakan bahagian yang paling mudah terdedah kepada sinar matahari dan pencemaran. Akibatnya, penuaan wajah terjadi lebih awal.
 
• Facial detox memiliki kaedah lebih intense berbanding facial biasa. Umumnya facial detox dilakukan dengan tahap pembersihan, pengelupasan, penghilangan toksin di kulit serta penggunaan masker.
 
• Pengambilan vitamin wajah menjanjikan kulit lebih cerah serta menyamarkan bekas flek hitam pada wajah. Oleh itu, penambahan vitamin wajah perlu dilakukan untuk mengembalikan keanjalan kulit lebih optimum.
 
Detoks Tubuh
Pengambilan makanan seharian bakal mengumpul zat mahupun toksin tidak diperlukan ke dalam tubuh. Oleh itu, toksin ini perlu dikeluarkan supaya sel-sel tubuh menjadi lebih aktif dan hasilnya tubuh menjadi sihat.
 
• Dari segi estetika, pembuangan toksin dapat membantu pembentukan tubuh yang ideal. Kaedah urut, skrub dan masker adalah beberapa rawatan umum yang boleh dilakukan.
 
• Lakukan detoks tubuh dengan creambath, body scrub, body mask, dan french body massage untuk pembentukan tubuh ideal dan sihat. Teknik french body massage ini dapat memecah lemak yang terkumpul dalam tubuh sekaligus membuatkan tubuh lebih langsing.
 
• Bagi yang memiliki masalah kulit kering disebabkan terlalu terdedah kepada penghawa dingin, detoks menggunakan masker lumpur, urut dan skrub garam adalah rawatan terbaik.
 
• Rawatan hot steam adalah kaedah cepat membuang toksin dari tubuh. Ini kerana penggunaan hot steam akan menyingkirkan toksin melalui pengeluaran peluh dari kulit agar lebih maksimal.
 
• Manakala kaedah akupuntur pula mampu mendetoks zat-zat beracun dalam tubuh dan mengurangkan masalah obesiti.
 
Detoks Rambut
Produk penggayaan rambut adalah sahabat sekaligus penyebab masalah bagi rambut. Hairspray, hair gel, hair wax, dan pewarna rambut mengandungi bahan kimia bersifat racun bagi rambut. Sinaran matahari dan klorin di kolam renang merupakan faktor utama pengumpulan racun dan zat perosak pada tekstur rambut.
 
Hair detox diperlukan untuk menghilangkan racun hingga ke lapisan akar setiap helai rambut. Justeru, proses asas detoks rambut adalah membersihkan rambut, deep conditioning dan hair mask.
 
• Rawatan skrub lumpur, masker rambut dan pemberian serum rambut berfungsi untuk menghilangkan kelumumur dan menstabilkan keadaan kulit kepala baik yang kering mahupun berminyak supaya rambut lebih sihat dan tidak gugur.
 
• Bagi yang mempunyai masalah rambut kronik, dapatkan rawatan di salun dan spa yang memiliki keunggulan teknologi berkesan bagi mengatasi masalah anda.
 
 

See also
Fenty Beauty Is Coming Very Soon!